Dalam satu majlis yang diraikan oleh sekumpulan warga Afrika, selain sajian yang pihak saya sediakan, mereka juga membawa makanan yang biasa terdapat di hampir semua negara di benua tersebut. Antara makanan yang sempat saya ingat ialah pisang salai dan satu kuih seumpama cucur kodok; saling tidak tumpah makanan kampung di Malaysia.
Chef lantas berkata, “Makanan mereka serupa dengan makanan orang Melayu di sini.” Lantas saya menjawab, “Memang begitu kerana iklim di sana serupa dengan Malaysia, iaitu iklim tropika. Jadi tanaman atau buah-buahan beriklim tropika juga ada di sana.”
Dalam satu majlis lain yang turut dihadiri oleh warga Afrika di Kuala Lumpur dan Selangor, rupa-rupanya mereka menyukai masakan nasi minyak atau tomato atau beryiani. Tetapi nasi yang dipesan oleh orang perantara bagi majlis tersebut ialah nasi putih. Kebetulan saya juga menyajikan nasi beryiani di satu majlis lain di lokasi yang sama pada waktu yang sama. Justeru masih ada baki nasi beryiani untuk majlis yang kedua itu, lantas saya mengambil sedikit untuk keperluan majlis Afrika tersebut. Apa lagi, masing-masing meminta nasi beryiani, sampai habis! Tetamu yang beratur di belakang hanya dapat nasi putih.
Satu perkara lagi yang dapat saya perhatikan ialah kebanyakan orang Afrika makan nasi lebih banyak dari kita. Ini mungkin disebabkan saiz fizikal mereka yang besar dan kadar metabolisma badan yang tinggi.

No comments:
Post a Comment