Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Janji ditepati di resepsi perkahwinan, Country Homes, Rawang, 14 April 2013


Kali pertama saya dan isteri bertemu Tuan Wadi dan isteri. Perbincangan dimulakan sewaktu janji temu dibuat setelah dua kali komunikasi melalui telefon berlangsung. Pada pertemuan kali kedua pula, Tuan Wadi membawa bersama ibu beliau dan isteri serta dua orang anak saudaranya. Janji dimeterai, wang deposit bertukar tangan.

Di bawah ialah e-mel yang dihantar bersama sebut harga terperinci setelah tiga kali perbincangan serius berkenaan menu standard, menu tambahan dan servis yang kami tawarkan.

"Assalamualaikum, Tuan Wadi.

"Doa kami moga Allah berikan keberkatan kepada tuan, isteri dan keluarga. Amin, ya Allah ya Rahman ya Rahim.

"Dilampirkan sebut harga terperinci untuk majlis resepsi perkahwinan tuan. Sebarang pertanyaan lanjut, andai ada, sila hubungi pihak kami secepat mungkin."

Bersama lauk-pauk, menu santapan meja mempelai, kek dan krew seramai 15 orang, saya juga hadiahkan tiga buah buku. Ya, buku tulisan saya (Web Sutera):

1) Novel sejarah: Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain.
2) Buku motivasi tarbiah: Berfikir Gaya Champion.
3) Buku motivasi addin: 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW).

Janji ditepati di majlis resepsi perkahwinan di taman perumahan Country Homes, Rawang, Selangor. Hari yang bermula dengan panas terik diakhiri dengan redup petang yang nyaman.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar dengan krew bahagian dapur dan pramusaji yang bertugas cemerlang

** Foto di sekitar majlis.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.