Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Pihak saya menerima e-mel pertanyaan servis katering lebih kurang seminggu sebelum cuti Kristmas 2011. Justeru agak sibuk dengan sesi katering lain, dan minda saya dan Chef Hana dalam keadaan mood ingin bercuti panjang, maka maklum balas agak lewat diberikan.
Maha benarlah kata Allah bahawa:
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka (umatku), ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10 – 12)
Satu lagi ayat-ayat Allah dalam al-Quran ialah:
"Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?' Katakanlah, 'Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata'" (Surah Saba’, ayat 24).
Pihak saya menghubungi kembali klien perseorangan itu sekembali daripada percutian hampir empat hari di Taiping, Perak. Perbincangan berlangsung serius, dan disusuli dengan mengemelkan sebut harga. Sesungguhnya rezeki adalah anugerah Allah, berkat usaha, doa dan tawakal.
Tanpa banyak karenah, Puan Mazanah dan Tuan Didi dari Singapura, mengesahkan senarai menu dan lain-lain servis pada 29 Disember 2011 untuk majlis keraian memasuki rumah baharu (housewarming)
Chef Hana berkunjung ke lokasi majlis pada suatu hari, bertemu dan berbincang dengan Puan Mazanah yang baik hati dan tinggi pekerti. Lokasi perumahan moden yang mewah bernama Embassy View di Jalan Ampang, Kuala Lumpur menjadi saksi pertemuan mesra tersebut.
Sehari sebelum majlis berlangsung, pihak Lusiana Catering mendirikan kanopi dan menyediakan lain-lain keperluan. Walaupun pada mulanya ada sedikit ‘gangguan’ mis-communication diterima daripada pihak keselamatan kondo mewah tersebut, berkat kesabaran Puan Mazanah dan Tuan Didi, akhirnya segala urusan dapat diselesaikan dengan baik.
Pada hari majlis bertarikh 22 Januari 2012, pihak saya tiba di Embassy View tanpa halangan sebelumnya. Alhamdulillah, segala persiapan sajian siap sedia untuk dijamah oleh para tetamu sekitar jam 3.25 pm.
Pelbagai juadah utama dan pencuci mulut disantap oleh hampir 200 tetamu dari Singapura dan Malaysia. Sikap baik dan berhemah tinggi kedua-dua warga Melayu Singapura, Puan Mazanah dan Tuan Didi, begitu tersemat di dalam lubuk sanubari saya dan Chef Hana. Walaupun hujan mencurahkan air dengan lebatnya dari langit dunia pada suku terakhir majlis, namun majlis terus menerima kunjungan ratusan taulan dan sahabat handai pasangan sejoli dari Singapura dan Malaysia.
Majlis terus bersambung sebaik solat Maghrib ditunaikan. Kedua-dua pasangan terus meraikan tetamu yang baru tiba. Segala-galanya selesai menjelang 10.00 malam.
Sememangnya nostalgia buat saya dan Chef Hana. Salah satu sesi katering yang banyak kenangan manis bagi saya dan isteri. Alhamdulillah.
Mesej e-mel dari Puan Mazanah sehari selepasnya, "Kami di sini amat berbesar hati kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun tetamu yang hadir diluar jangkaan. Semoga kita dapat bekerjasama sekali lagi di majlis yang lain pula, insya-Allah."
Foto-foto di sekitar majlis. Jutaan terima kasih dan sejambak kasih untuk Tuan Didi, Puan Mazanah dan sanak saudara justeru memberikan kepada tim Lusiana Catering satu sesi yang mentautkan ukhuwah. Terima kasih juga atas kiriman foto-foto yang diabadikan dalam majlis tersebut.

Today’s afternoon (24 June 2007), we cater another birthday party at the Ukay Club, Taman Ukay Perdana, nearby Bukit Antarabangsa, Ampang. The birthday boy parent orders 35 pax to celebrate their son’s birthday, in such beautiful surroundings, encircle by green forest. The simple party yet memorable held at the pool site.
Menu for the party as follows:
- Chinese fried rice
- Fried beehoon
- Fried chicken wing
- Assorted sandwiches
- Chicken sausage
- Fruits: Honey dew and orange
- Three types of Malay kuihs
- Beverages: Cordial sarsi and teh tarik
The birthday boy’s grandma congratulates us for nice and tasty foods, and says, “Who do the teh tarik. It’s very good!”. Thanks aunty. (Pic above: Picnic at the FRIM’s forest, Kepong)
Lusiana Catering juga sudah memenuhi banyak pesanan untuk majlis doa selamat memasuki rumah baru (housewarming) di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Empat foto yang disertakan dirakam di satu sesi di Seri Kembangan, Selangor. Ianya melibatkan makan malam dan BBQ. Kami tawarkan pelbagai menu untuk dipilih. Harus diingat, pesanan minima ialah 50 pax.
Berkaitan: Majlis doa selamat, tahlil dan marhaban di Petaling Jaya, 27 Julai 2008.
Apabila saya memulakan bisnes katering, ada kawan-kawan yang agak skeptikal, sama ada saya boleh berjaya atau tidak. Saya tidak salahkan telahan mereka memandangkan bidang kerjaya saya sebelum ini bukannya katering. Di mana ada usaha, di situ ada jalan, dan rezeki di tangan Tuhan. (Gambar kanan: Makan malam di UIA, Gombak)
Ada rakan bertanya, “Engkau tidak malukah buat kerja ini. Nanti jumpa kawan-kawan lama.” Saya jawab, “Hendak malu apa, bukannya buat kerja atau bisnes haram.”
Persoalan di atas timbul kerana ianya berkaitan dengan konsep saudara bos, saudara juga kuli. Sebelum memulakan bisnes katering, saudara mesti pahatkan di dalam minda bahawa saudara tidak boleh berlagak seperti bos, terutamanya di peringkat permulaan. Apa yang saya maksudkan ialah jangan hanya pandai menyuruh itu dan ini, sedangkan saudara sendiri tidak menyelami selok-belok bisnes dan cara perjalanannya.
Di samping menguruskan perjalanan bisnes secara khusus dalam mengendalikan urusan pentadbiran, pemasaran dan jualan, saudara juga patut hilangkan sikap malu untuk turun padang. Maksud di sini ialah saudara sebagai bos, tetapi dalam masa yang
sama turut membuat kerja-kerja seperti membasuh pinggan-mangkuk, mengelap sudu-garfu, mengelap pinggan, menjadi pelayan dan lain-lain.
Saya membuat semua kerja-kerja tadi, cuma memasak sahaja yang tidak kerana itu urusan chef. Saya ke pasar, membasuh pinggan, mengelap gelas dan menjadi pelayan untuk VIP. (Gambar kiri: Housewarming, Seri Kembangan)
Contohilah sahabat Nabi Muhammad (S.A.W), Abdul Rahman bin Auf, yang rajin berniaga, sama ada semasa sebelum Islam di Mekah atau pun sesudah berhijrah ke Madinah. Beliau tidak berlagak seperti bos, walaupun bisnes itu kepunyaannya.
Mengikut cerita, sekiranya para sahabat atau orang ramai belum lagi mengenali Abdul Rahman bin Auf, mereka akan tercari-cari di mana bos bisnes yang membawa barang-barang dengan beratus-ratus ekor unta.
Para sahabat yang sudah mengenali beliau akan menunjukkan ke arah Abdul Rahman bin Auf yang berada bersama-sama di kalangan staf-stafnya. Tiada beza antara beliau dan stafnya, sama-sama bertungkus lumus menjual barang-barang dagangan.
Saya pernah ditanya oleh seorang rakan, “Harga yang engkau tetapkan termasuk pelayan sekalikah, kerana aku perlukan seorang pelayan?”
Saya jawab, “Akulah pelayannya.” Rakan saya terkejut, sambil bertanya lagi, “Tidak mungkin bos sendiri yang menjadi pelayan.” Lantas saya menjawab, “Aku tidak kisah, sudah biasa..
Saudara bos, saudara juga kuli. Menarik!