Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Katering dan Kisah di Perkampungan Penulis, 14 Februari 2016

1) Penghargaan dan terima kasih untuk tim panitia Perkampungan Penulis 2016 dan barisan AJK yang komited. Pelan 10 hari, ya hanya 10 hari, berjaya direalisasikan.

2) Terima kasih, dan hanya Allah jua yang dapat membalasnya atas rekomen servis Lusiana Catering oleh ketua projek dan penolong ketua projek untuk sajian makan tengah hari semua yang hadir. Alhamdulillah dan hanya Allah penentu segala. Terima kasih atas testimoni mutu makanan yang disediakan. Saya sebagai penulis sepenuh masa, dan Cef Hana sebagai tenaga utama terharu justeru lauk-pauk yang disediakan licin.

3) Banyak isu dibangkitkan dalam setiap forum oleh panelis dan peserta. Walaupun pelbagai mazhab dunia penulis ada, tapi masih dapat berada di pentas yang sama untuk mencari pengertian dan mungkin juga susulan agar dunia perbukuan negara terus terang untuk anak-anak bangsa.

4) Secara peribadi saya memang suka acara seperti ini, menemukan para penulis pelbagai kategori dalam wacana, dan sekali gus berkenal mesra. Ya... dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia kecil – hanya ‘sekangkang kucing’ – justeru bersama kita semarakkan dunia ilmu ini.

5) Mohon maaf untuk sahabat-sahabat penulis yang tak dapat disantunkan. Bukan sombong, tapi justeru saya juga ada tugas lain yang perlu dilunaskan sepanjang acara sehari ini. Tahniah untuk yang hadir, dan membawa buku masing-masing (buku sendiri atau orang lain) untuk disaling-tukar. Saya juga membawa 3 judul novel sendiri untuk ditukar. Terima kasih atas penerimaan tuan dan cikpuan. Sekali lagi maaf kerana tak dapat berbual dengan semua peserta.

6) Terima kasih atas kesudian para peserta yang turut membeli novel-novel saya di gerai Galeri Ilmu. Galeri Ilmu sebagai salah sebuah penerbit yang menaja acara ini.

7) Di sesi pertemuan di hujung acara bersama barisan AJK, antara lain saya ajukan agar perhimpunan di tahun-tahun mendatang diadakan di premis natural. Walaupun pihak Karangkraf sekadar menaja lokasi, tapi ada isu yang perlu diberi perhatian. Ada sebab mengapa saya ajukan hal ini, dan barisan AJK akan merancang ke arah itu.

Walaupun demikian, kesediaan pihak pimpinan Karangkraf memberi ruang bagi kami sangat dihargai. Sekali lagi saya nyatakan, acara ini adalah acara geng yang komited dalam dunia penulisan, bukan anjuran Karangkraf. Ia anjuran bersama oleh sekumpulan penulis dari pelbagai rumah penerbitan. Masa 10 hari merancang menjadi antara faktor yang difikirkan. 

8) Di sesi terakhir, yakni menukar buku, berbual panjang dengan Tuan Ishak Hamzah, Presiden MABOPA dan bos penerbit E-Media Multimedia Group. Beliau ialah mantan bos saya semasa bertugas di sebuah syarikat penerbitan beberapa dasarwarsa dulu. Saya menghadiahkan dua buah novel – PERANG ARMAGEDON dan Konstantinopel; Kibaran Panji-panji Al-Fateh – sebagai buah tangan istimewa, juga sebagai petanda bahawa saya serius menulis karya kreatif. Dan bualan menjadi semakin serius untuk sebuah projek ‘novel yang bukan biasa’ yang diajukan oleh beliau untuk saya. Insya-Allah, cabaran beliau saya sahut.

9) Wajah-wajah ceria saya saksikan. Sebuah perkampungan yang harus diteruskan lagi di tahun-tahun mendatang, insya-Allah.

10) Sebelum Puan Sri Diah berangkat pulang, sempat saya berkata perlahan, “Kak Sri, intai-intai karya saya ya.” Puan Sri Diah tersenyum.

11) Sekian laporan dari pemerhatian saya secara ringkas. Sekali lagi, mohon maaf atas semua kekurangan khususnya dari saya dan tim Lusiana Catering.

Happy Chinese New Year 2016 - Our Menu

Variety dishes to be choosed - Chinese, Malay, Indian or Western. Contact us for any inquiry. Click here for menu listed.

Untuk Tahun Baharu Cina 2016, ada suka masakan Cina, ada suka masakan Melayu. Tak kurang juga masakan Barat, atau campuran Melayu dan Barat.

Insya-Allah, kami Raikan Citarasa. Seperti menu ini, campuran Melayu dan Barat. Sudikan ya!

Kami sedia untuk berbincang dan raikan permintaan sajian. Namun hanya untuk yang halal dari sisi agama Islam.

Hubungi kami melalui telefon atau e-mel. Selamat Tahun Baharu Cina 2016.

Halal Chinese Dishes

MACRA dinner 18 December 2015, Kuala Lumpur. Muslim Chinese menu for VIP serving.

Comment by Mr. Chin, head of dinner committee, "Thank you for everything. Our committee satisfied with your services. Nice foods and no Malay can cook Chinese dishes like your catering."

MACRA (Malaysian Air-Conditioning & Refrigeration Association) dinner, 18 December 2015 menu. Call us for inquiry.

Contact us for inquiry. Chinese New Year 2016 coming soon!




MACRA Dinner, 18 December 2015

MACRA (Malaysian Air-Conditioning & Refrigeration Association) dinner, 18 December 2015 menu. Call us for inquiry.

Chinese New Year Menus – for the year 2016


Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, ikan salmon menjadi jenis ikan yang paling terkenal sebagai elemen kemakmuran dalam penyediaan yee sang.

Lusiana Catering berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.

MORE on Chinese New Year; past events:

Cerita terkini