Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
In preparing menu for catering, we always looking at what that event is held for. As an example, event such as thanksgiving ceremony (doa selamat), birthday celebration, a special gathering (like to get to know each other), the Malay engagement ceremony, to welcome new staff or boss, and to celebrate new baby born, a yellow glutinous rice (pulut kuning) is a good choice.
The pulut kuning is a special traditional Malay cook. It is cooked by steaming and good if comes together with chicken rendang or meat curry. For expatriates in Malaysia, you have to know that the pulut kuning is one of the ways to say thanks or in celebrating a good occasion.
Sudah banyak kali Lusiana Catering menyediakan sajian pulut kuning, sama ada atas permintaan klien atau sebagai satu cara membuat kejutan. Seperti saya katakan di atas, pulut kuning sangat elok diserikan dengan rendang ayam atau daging.
Majlis doa selamat, marhaban dan kesyukuran merupakan majlis yang kerap disajikan pulut kuning. Terkini ialah pesanan dari seorang rakan bagi meraikan ketibaan ibu tersayang selamat pulang dari menunaikan ibadah Haji di Mekah. Bagi masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu, pulut kuning (turut dipanggil pulut semangat) juga didekor sebagai salah satu hantaran perkahwinan dan acara berkhatan. Biasanya disertakan bersama telur ayam rebus.
Dekorasi penyediaan sama ada dibuat secara lonjong, berbentuk kek ataupun sekadar diletakkan dalam bekas sahaja.


Lusiana Catering menyajikan menu untuk satu majlis doa selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6, Bandar Kinrara, Selangor pada satu hari di minggu terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian makan tengah hari dan makan malam.
Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try mutton curry, it’s excellent!,” tuan rumah berkata kepada salah seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beryiani.
Beberapa keping foto pada majlis tersebut saya sertakan.
** We provide catering services for the following; courses, trainings and seminars, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.
** Lusiana Catering juga mula menerima tempahan untuk majlis perkahwinan tahun 2010. Ada beberapa pakej yang kami sediakan. Sila rujuk blog perkahwinan di sini untuk melihat terperinci pakej.
Majlis pertunangan biasanya dihadiri oleh keluarga terdekat pihak lelaki dan perempuan. Tidak ketinggalan jiran-jiran. Setakat ini, saya menerima tempahan perkhidmatan katering untuk majlis bertunang yang dihadiri oleh 100 sehingga 200 tetamu.
Alhamdulillah, tempahan pertama katering tahun 2009 ialah majlis bertunang yang berlangsung di Villa BAM di Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada 3 Januari. Ianya dihadiri oleh 100 tetamu. Tuan rumah sudah mengesahkan pesanan tersebut semasa saya dan keluarga masih dalam percutian di Rantau Panjang, Kelantan.
Menu yang disajikan ialah nasi beryiani dan nasi putih, ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca sayur, acar jelatah dan sambal tumis udang. Pencuci mulut ialah kuih cara, murtabak mini dan hirisan buah-buahan. Manakala minuman pula ialah kordial oren dan teh tarik.
Ahli keluarga sebelah perempuan berpuas hati dengan masakan yang disediakan. Mereka menunjukkan tanda bagus kepada saya. Segala puji saya kembalikan kepada Allah.


(Gambar semasa majlis makan)
Berkaitan: Akikah, Geng Jurnal dan pertunangan
Pada 1 November 2008, saya mengadakan majlis keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak bongsu, Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal saya sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien di banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Ulang tahun pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.
Walau apapun, majlis yang diadakan di sebelah malam berjalan dengan seadanya. Ramai juga sahabat dan ahli keluarga yang sudi datang. Segala puji saya kembalikan kepada Allah.
Saya dan chef berbesar hati kerana novelis thriller nombor wahid Malaysia, saudara Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi undangan saya ke rumah. Ramlee antara tetamu yang paling awal tiba ke teratak saya. Beliau tidak pernah tidak membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama. Alhamdulillah, sajian makanan chef mendapat perhatian dari Ramlee, Puan Dayang Aminah dan adik Aizuddin.

Tidak ketinggalan juga sahabat saya dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu saudara Ahmad Kamil (pengurus penerbitan) dan Razlan Mohamed Noor (editor) menjamah sajian yang chef hidangkan. Saya mempertemukan Ramlee dengan mereka berdua, lantas bualan mereka menjadi panjang menyentuh pelbagai isu dalam dunia penerbitan dan perbukuan Malaysia. Saya tumpang sekaki.

Kepada Elle dari Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid bersama rakan Aisyah, terima kasih sahabat kerana mampir ke teratak saya walaupun jam sudah mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua ini membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.
Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, saya gembira dan bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam suasana harmoni.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberapa ahli keluarga dari sebelah chef. Suasana menjadi bingit sebentar apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam bahasa Minang.
Antara sajian yang disediakan untuk majlis pada 1 November 2008 itu ialah nasi beryiani, ayam masak merah, rendang ayam dan daging, rojak mamak, nasi impit, mee, bihun dan kuew tiew goreng, lemang, sambal sotong, roti jala, sate serta pelbagai pencuci mulut.
Katering untuk majlis perkahwinan merupakan antara sesi katering yang besar. Ianya melibatkan tetamu bermula dari paling sedikit 300 orang sehingga 2,000 orang. Sebelum memutuskan katerer mana yang bakal diambil oleh pasangan mempelai atau keluarga mempelai, biasanya klien memerlukan sesi food testing. Ini diminta oleh klien terutamanya untuk majlis perkahwinan yang melibatkan jumlah tetamu melebih 800 orang.
Saya menyediakan sesi food testing ini. Hidangan yang disediakan adalah bagi menu utama. Sebagai contoh seperti berikut:
- Nasi tomato / beryiani dan nasi putih
- Ayam masak merah / goreng rempah / masak kurma
- Rendang daging / daging masak hitam / masak kurma
- Acar buah / jelatah / pajeri bombay
- Dalca sayur
- Buah oren dan kuih bakar kemboja
- Minuman: Kordial oren dan/atau teh tarik
Jika menu adalah seperti di atas, maka hidangan food testing ialah untuk nasi beryiani, ayam masak merah, rendang daging, dalca sayur dan/atau acar buah.
Food testing ini disediakan untuk lima orang sehingga ke maksima sepuluh orang. Pastinya tanpa bayaran.

(Gambar: Sesi katering di malam retro bertempat di Seremban, Negeri Sembilan, 30 Ogos 2008)

(Layanan VIP di majlis Akademi Sains, 19 Jun 2008)
Untuk minggu pertama bulan Julai 2008, saya dan chef agak ‘bimbang’ kerana setakat hari Ahad lepas (29 Jun), masih belum ada sebarang pesanan katering. Ini disebabkan kerana beberapa sebut harga yang dihantar tidak mendapat sebarang pengesahan dari klien.
Namun, alhamdulillah, pada hari Selasa (1 Julai) saya menerima pengesahan empat pesanan katering untuk empat hari berturut-turut. Katering tersebut ialah untuk hari Khamis hingga Ahad (3 – 6 Julai 2008). Dua hari (4 & 5 Julai) adalah dari klien korporat dan dua hari yang lain dari klien persorangan.
Pada hari ini (Ahad) saya ke Damansara Utama untuk katering majlis pertunangan. Pada mulanya saya agak risau akan ada sekatan jalanraya lantaran perhimpunan di Kelana Jaya. Saya menggunakan Lebuh Raya Persekutuan dan Kerinci Link menuju ke rumah klien. Elok pula jalan, lancar!
Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah itu perancang yang Maha Adil. Pasukan saya sampai ke rumah klien di Damansara Utama awal, seperti mana yang saya harapkan. Jadi semua persiapan berjalan lancar tanpa sekelumit masalah. Sekali lagi, syukur ke hadrat Tuhan.
Keluarga saudari Azura (bakal mempelai) dan kedua ibu-bapanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pasukan saya. Bapanya meminta maaf kepada saya jika ada sebarang kekurangan. Terbalik kan? Sepatutnya saya yang perlu meminta maaf atas kekurangan, jika ada.
Terima kasih cikgu Asmah dan saudari Azura. Hari langsung nanti, jemputlah kami lagi!
Dan ucapan terima kasih juga saya ingin sampaikan kepada Puan Lynn di Sungai Buloh, guru kek cawan (http://lynnhassan.fotopages.com), di atas recommendation katering saya kepada keluarga Azura.
Assalamualaikum. Saya dan chef Lusiana Catering menghabiskan masa selama lima hari dalam menguruskan majlis perkahwinan adik ipar saya (adik bongsu cef). Selama lima hari tersebut, masa kami dipenuhkan dengan segala persediaan, termasuk dua hari yang amat penting bagi permulaan kehidupan rumahtangga adik ipar saya, iaitu majlis pernikahan dan persandingan.
Persediaan bermula dari perbincangan jenis masakan dan hidangan yang perlu disediakan selepas majlis akad nikah, malam berinai dan majlis jamuan bagi persandingan. Termasuk juga penyediaan makanan beradab bagi pengantin. Seterusnya berapakah jumlah khemah, meja dan kerusi yang diperlukan turut diputuskan berdasarkan jumlah tetamu yang bakal hadir.
Sementara itu, urusan tempahan perkhidmatan andaman, tempahan kad jemputan perkahwinan dan jurufoto diuruskan sendiri oleh bakal mempelai. Lantaran kesibukan menguruskan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar saya itu, beberapa tempahan katering terpaksa saya tolak.
Saya dan cef menumpukan sepenuh masa terhadap majlis yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2008 tersebut.Rumah saya menjadi arena bagi semua acara. Penyediaan makanan dan lain-lain hidangan disediakan oleh chef dan krew yang lain. Jemputan yang hadir di majlis persandingan dan jamuan sekitar 800 tetamu.
Sebelum itu, di majlis ijab dan kabul (akad nikah) seramai 100 tetamu hadir, sementara di majlis malam berinai saya menerima kehadiran lebih kurang 150 tetamu.Suasana meriah dan penuh persaudaraan dapat saya rasakan. Ramai ahli keluarga jauh dan dekat meluangkan masa meraikan kedua-dua mempelai. Syukur kepada Tuhan majlis berlangsung dalam situasi damai dan meriah di tengah-tengah kesibukan berkempan dan bahang pilihanraya ke-12 yang bertambah rancak. (Gambar: Sekitar majlis perkahwinan)

Untuk dua hari berturut-turut Lusiana Catering bertungkus-lumus menyiapkan menu-menu yang dipesan dan mengendalikan sesi katering bagi tiga majlis yang berlainan fungsinya. Majlis pertama adalah akikah di Klang, kedua makan tengah hari bagi majlis yang berlangsung di Rumah PENA, Kuala Lumpur dan yang ketiga majlis pertunangan bertempat di Cheras Perdana.
Alhamdulillah, ketiga-tiga sesi katering tersebut sukses. Majlis akikah yang berlangsung dari jam 11.30 pagi sehingga 5.00 petang berjalan dalam suasana penuh istiadat Islam; dimulakan dengan marhaban dan berakhir dengan tahlil. Jemputan yang berjumlah 250 orang pada 29 Disember 2007 itu memang memakan tenaga dan masa saya serta seorang pembantu.
Namun saya cukup senang hati kerana wakil tuan rumah menunjukkan tanda bagus terhadap hidangan yang kami sediakan. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya sekali lagi bagaimana dengan mutu perkhidmatan dan makanan yang disediakan. “Kalau abang kata bagus, me
mang ianya bagus. Abang tidak suka sifat hipokrit,” jawab wakil tuan rumah sambil tersenyum.
Majlis berkaitan kegiatan seni Malaysia yang berlangsung di Rumah PENA pada hari yang sama pula ditangani oleh cef seorang diri dengan jayanya. Apabila saya menelefon Presiden Geng Jurnal yang menganjurkan Perhimpunan Halal Geng Jurnal 2007, bertanyakan apa komen berkaitan makanan, beliau menjawab, “Alhamdulillah, semua okey. Makanan sedap.”
Majlis pertunangan pada keesokan harinya berjalan lancar walaupun pada mulanya saya tersesat jalan. Berlangsung dalam suasana mesra, keluarga bakal pengantin perempuan menerima kunjungan lebih kurang 120 tetamu. Konsep hijau muda daun pisang menjadi warna tema bagi keluarga yang rata-ratanya adalah orang Kelantan. Walaupun cuaca agak panas, ibu bakal pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kerana pihak saya sempat menyiapkan hidangan tambahan, iaitu fish fillet masak masam manis.
Lantaran kurang rehat – satu jam tidur pada hari sebelumnya dan ditambah empat jam pada malam 30 Disember – membuatkan badan saya keletihan. Ini dapat dikesan oleh bakal pengantin perempuan, saudari Lynn. Namun saya tetap gembira kerana majlis selesai dengan sewajarnya.
(Gambar: Persekitaran majlis pertunangan)
Tanggal 23 Disember 2007. saya dan lapan orang krew yang lain berjaya mengendalikan satu katering perkahwinan bertempat di sebuah kelab yang berlokasi di Bukit Antarabangsa. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Tuhan seru sekalian alam.
Majlis perkahwinan yang agak prestij itu dihadiri oleh lebih kurang 900 tetamu, termasuk tetamu VIP. Walaupun majlis sebenar yang bermula dari jam 12.00 tengah hari berakhir pada 4,30 petang, namun saya dan cef terutamanya, sudah bersiap sedia dengan segala ‘senjata’ sejak hari Khamis, 20 Disember lagi. Saya dapat menarik nafas lega hanyalah pada hari Isnin, 24 Disember, setelah semua peralatan dibasuh dan disimpan kembali.
Ini adalah majlis perkahwinan yang agak besar bagi katering saya, kerana ia melibatkan hampir kesemua keperluan utama, kecuali pemasangan kanopi dan peralatan PA. Pihak saya terlibat dari hiasan pintu gerbang, ke penyediaan hidangan raja sehari, ke persiapan meja-meja VIP, ke urusan melayan tetamu VIP dan meja pengantin sehingga pemantauan dua hidangan bufet.
Pada hari majlis berlangsung, saya, cef dan krew masakan yang lain bangun pukul 4.00 pagi bagi menyiapkan masakan untuk majlis ini. Segala-galanya sedia untuk dihantar ke premis majlis sekitar pukul 9.00 pagi.
Sekali lagi syukur, alhamdulillah, segala yang dirancang menjadi kenyataan bagi majlis perkahwinan yang menggunakan warna hijau muda sebagai warna tema.
Jika anda berhajat untuk mengetahui pakej makanan majlis perkahwinan, sila hubungi pihak saya. Kami sedia membantu.