Ketika masih tinggal bersama mak dan mak teh (emak saudara saya) di Terengganu dan Pahang, saya sering merasa keenakan bubur kacang hijau (mungbean porridge) yang dimasak. Apabila berjauhan merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala Lumpur, sukar untuk saya merasa bubur kacang yang dimasak oleh mereka berdua.
Selepas berkeluarga, isteri saya (sebelum menjadi chef) pula yang saya minta supaya memasak bubur kacang kegemaran saya. Pada permulaan, masakan isteri tidak seenak masakan ibu sendiri, biasalah kan. Saya meminta supaya isteri belajar dari mak. Hasilnya memang memuaskan!
Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup lemak secukup rasa tidak semudah yang kita jangka. Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka) pula, hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi. Mahu lebih enak, campur dengan durian.
Salah satu menu pencuci mulut yang sering saya cadangkan kepada klien ialah bubur kacang campur dengan durian. Sudah agak kerap kali chef menyediakan masakan ini. Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.
Anda boleh cuba sendiri nanti. Jika saya suka, insyaallah saudara-saudara juga akan menyukainya.

2 comments:
amboi..sedapnya bubur tu..meleleh ayaq liuq..hihi..
Memang sedap Effa. Tak caya, cubalah! Tapi janganlah pesan semangkuk aja, hihi..
Post a Comment