Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Konsep gerai atau meja bufet berlainan bagi kategori sajian

Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan makanan berlainan kategori disajikan di meja atau gerai berlainan. Sudah beberapa kali pihak saya diminta oleh klien menyediakan pelbagai jenis kategori sajian.

Gerai atau meja berlainan ialah untuk sajian seperti berikut; nasi, mee/bihun/laksa, pencuci mulut, sate dan kepak ayam bakar, kuih-muih, minuman, kambing bakar, cendol dan ABC. Ini terutamanya melibatkan tetamu paling kurang pun seramai 300 orang.


Namun konsep gerai sepenuhnya (stall concept) melibatkan kos tambahan dalam menyediakan gerai-gerai berkaitan. Saya sertakan contoh-contoh gambar berkenaan (sajian di meja bufet berasingan).


Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.