Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Aidilfitri: Rumah novelis Ramlee diserbu tetamu sehingga waktu Isyak

Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan, saya dan Chef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi menerima panggilan dari klien, menjawab emel, menghantar sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan barang-barang keperluan.

Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal pertengahan Ramadhan 1430H lagi.


Pada 3 Oktober 2009, saya, Chef Hana dan pembantu ke rumah novelis Ramlee yang berlokasi di Taman Kajang Impian, Bangi. Sebaik saya tiba, Ramlee (berbaju Melayu rona biru) sudah terpacul di depan pagar rumah.


Selayaknya beliau umpama selebriti, rumah diserbu tanpa henti oleh tetamu dari pelbagai aliran pekerjaan dan bidang kehidupan. Walaupun cuaca agak panas, tetapi kemeriahan tidak pernah hilang. Rumah yang dihiasi novel-novel beliau di beberapa sudut dinding itu dikunjungi sehingga menjelang waktu Isyak, walaupun majlis bermula sejak 12.30 tengah hari lagi.


Antara tetamu yang hadir ialah beberapa ahli dan AJK Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC), deligasi Pyanhabib, rakan-rakan sekerja Ramlee dari RTM dan rakan sekerja Puan Dayang dari KWSP.
Turut muncul ialah beberapa orang novelis wanita dan staf Alaf21 Sdn. Bhd.

Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beryiani dan tomato, rendang daging, ayam masak merah, mee dan bihun soto, lemang, nasi impit dan kuah lodeh. Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masakan mendapat pujian tuan rumah dan Puan Dayang. Dikhabarkan oleh saudara Ramlee melalui mesej pesanan ringkas, “Tuan, sampai ke ofis (RTM) orang bercakap mengenai sajian yang disediakan.”

Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak untuk Allah. Saya dan Chef Hana hanya menguruskannya sahaja. Alhamdulillah.


Photobucket
Photobucket
Photobucket

3 comments:

akimsensei said...

ala abg web, jelesnya.. haha..

Lusiana said...

Akim,

Mengapa tidak datang? Alasan biasa, kerja kan? Hihihi..

akimsensei said...

biasa la abg web, kerja makan gaji. kena pulak time den koje, xleh nak buat gapo lah..

SUMAYYA FOODS & CATERING.