Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Akad nikah dan meraikan mempelai di Taman Sri Rampai, Setapak

Terima kasih diucapkan kepada pengantin perempuan, saudara Nor Khaizan, dan ayahnya pakcik Anuar di atas kesudian menggunakan perkhidmatan katering kami untuk majlis akad nikah dan keraian perkahwinan pada 21 dan 22 November 2009.

Bagi majlis akad nikah, sajian utama yang disediakan ialah nasi putih bersama ikan keli dan cencaru bersambal, ikan kurau masak lemak cili api campur nenas, ayam goreng berempah, sayur campur serta ulam-ulaman bersama sa
mbal belacan.

Manakala untuk majlis meraikan mempelai pula, Lusiana Catering menyediakan nasi beryiani, rendang daging, ayam goreng berempah, acar buah, dalca dan popadum. Bagi kedua-dua majlis yang berturutan dua hari itu, sajian juga diserikan dengan pencuci mulut.


Majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Taman Sri Rampai itu dihiasi dengan dua kanopi berscallop peach, kerusi bersarung sepenuhnya dalam dewan, dua meja VIP, dan meja utama mempelai juga berwarna peach.


Sejambak terima kasih dipersembahkan kepada saudara blogger Epelhijau atas bantuan merekemenkan servis katering saya kepada saudara Nor Khaizan. Saya sangat menghargainya. Saya menerima maklumbalas yang baik untuk kedua-dua majlis. Alhamdulillah.


Menu bagi majlis akad nikah mendapat pujian dari salah seorang emak saudara pengantin perempuan. “Masakan sedap,” katanya semasa membungkus lauk-pauk yang berlebihan sambil menunjukkan tanda bagus.


Blogger
Epelhijau menyatakan di kotak borak blognya;
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Hari ini kawan-kawan yang pergi majlis semalam juga memuji-muji makanan yang sedap dan mereka sangat menyukai rendang nampaknya. Terlepas saya nak merasa. Tetapi saya sangat menyukai lauk-pauk pada hari Sabtu (majlis akad nikah). Seperti lauk dimasak di rumah. Tahniah untuk Tuan dan Puan Web Sutera.”

Saya sertakan beberapa foto yang dirakam di kedua-dua majlis tersebut.


Photobucket

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana servis yg bagus dan makanan yg sedap tempohari. Alhamdulillah tetamu pun ramai yg memuji. InsyaAllah, jika ada majlis yg memerlukan khidmat katering lg selepas ini, kami tidak teragak2 utk bekerjasama dgn Lusiana Catering semula. Terima kasih..

-Nor Khaizan

Anonymous said...

Assalamualaikum... santapan yang dihidangkan sungguh sedap. Bijak pilihan isteri saya. Terima kasih kepada Kak Am selaku pemberi cadangan :)

- Nazif

Kz said...

Alaaaa...ambo xleh mkn byk ari tu, sbb demam. Selera ilang. Huuuu.....

- Khazani

Web Sutera said...

Alaikumsalam sdr Anonymous, Nazif dan Khazani.

Sdr Anonymous, terima kasih. Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Pemberi Rezeki bagi setiap makhlukNya. InsyaAllah, kami di Lusiana Catering setiap kali akan cuba yang terbaik demi kebaikan semua pihak.

Buat pengantin sdr Nazif, saudara juga bijak memilih sdr Nor Khaizan sebagai isteri. Tahniah dari saya dan pasukan Lusiana Catering.

Kat Kelate doh buak kenduri ko? :-)

Sdr Kz, demo deme? Hok aloh, kesie ko demo...

Maaf kalian semua, saya lambat menjawab komen ini. Baru sampai ke rumah dari Pahang. Cuti 4 hari sempena Aidil Adha.

Terima kasih semua. Moga Allah lindungi kita dari semua kejahatan syaitan.

Hafizan said...

ambo suko... sebab boleh makan kat meja pengantin! sedap...SAYA MESTI PILEEEHHHHH...

SUMAYYA FOODS & CATERING.