Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Masak molek-molek; Masak kambing sedap-sedap

“Terima kasih, Ana dan Hizam. Masak molek-molek. Minta orang yang bakar kambing itu datang awal esok dan masak sedap-sedap,” pesan O S Tan melalui emel sehari sebelum majlis. Encik O S Tan, orang kelahiran Kota Bahru, Kelantan, memang ramah. Beliau merupakan orang perantara di syarikat Auto Parts Manufactures Co Sdn. Bhd. berlokasi di Kawasan Perusahaan Bukit Beruntung, Rawang.

Tarikh 29 Januari 2010, Lusiana Catering menyediakan perkhidmatan katering di sana. Makan tengah hari tersebut dihadiri lebih dari 100 tetamu.
Semua kaum utama di Malaysia, termasuk pekerja Indonesia dan Bangladesh menjamu selera.

Sajian yang disediakan seperti berikut; nasi beryiani, bihun goreng, rendang ayam, ayam goreng berempah, filet ikan masam manis, dalca sayur dan acar jelatah. Pencuci mulut pula ialah kuih bakar kemboja, pelbagai hirisan buah-buahan dan kordial oren. Kambing bakar / golek seekor juga disediakan.


“Terima kasih, Hizam. Semua sedap,” kata Encik O S Tan sambil menjabat erat tangan saya di akhir majls.


Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.