Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Pengendalian katering perkahwinan perlukan daya usaha dan kreativiti

Katering perkahwinan memerlukan modal yang agak besar, bergantung kepada jumlah tetamu yang hadir dan bagaimana penyediaan yang dikehendaki oleh pihak klien. Peralatan katering yang digunakan juga banyak. Setakat pengalaman saya, kehadiran tetamu yang paling sedikit ialah 200 orang dan yang paling ramai ialah 1,500 tetamu.

Majlis perkahwinan ini mungkin diadakan di rumah pengantin, dewan serbaguna atau di suatu premis khusus seperti kelab dan ruang dewan mewah yang disediakan oleh bangunan tertentu di bandar-bandar besar. Majlis juga mungkin diadakan di waktu yang berlainan dalam satu hari, iaitu makan tengah hari dan makan malam.


Jika saudara memperoleh pesanan katering yang kehadiran tetamu melebihi 600 orang dan melibatkan dua masa yang berbeza, saudara perlu membuat perancangan yang teliti. Banyak masa, tenaga dan wang terpaksa dilaburkan. Walaupun majlis hanya dalam masa beberapa jam, namun persediaan yang
saudara harus buat memakan masa paling kurang tiga hari, iaitu sehari sebelum, hari majlis dan selepas majlis keesokan harinya.

Di sini saudara sebagai katerer perlu mengenakan syarat ketat kepada pihak pengantin, terutamanya dalam perkara bayaran.
Saudara mesti mendapatkan wang deposit paling kurang pun 50 peratus dalam tempoh paling kurang satu bulan atau hendak lebih selamat dua bulan sebelum majlis berlangsung.

Antara syarat lain ialah jika majlis terpaksa dibatalkan dalam tempoh tertentu, misalnya satu minggu, wang deposit boleh dikembalikan dalam jumlah tertentu, katakan hanya 50 peratus sahaja. Jika majlis dibatalkan dalam tempoh masa kurang dari 24 jam, wang deposit tidak dikembalikan. Ini adalah adil kepada kateter yang pastinya sudah membeli bahan-bahan mentah, menyediakan peralatan sewaan, mengubah bunga dan hiasan lain, dan mencari staf sambilan untuk majlis ini.


Photobucket
Suatu majlis perkahwinan melibatkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian iaitu makanan tetamu, makanan meja pengantin, persediaan dan makanan meja VIP (jika ada), staf memasak, staf di premis majlis, staf yang menjadi pelayan meja VIP dan pakaian staf semasa majlis berlangsung.

Majlis ini memerlukan banyak alat-alat yang merangkumi pinggan-mangkuk, bekas makanan, bekas makanan meja VIP (set dome), sudu garfu, bekas air, cawan dan gelas, dan bahan dekorasi. Sekiranya saudara tidak mempunyai peralatan makanan yang mencukupi, jangan risau dan panik. Banyak entiti yang boleh menyewakan peralatan tersebut.


Jangan terkejut jika saya katakan bahawa ada entiti bisnes yang berasaskan sewaan peralatan katering dengan harga yang tidak membebankan katerer. Malah kadang-kadang ianya lebih mudah cara sebegini kerana saudara tidak perlu menyimpan stok yang banyak.


Peralatan dekorasi seperti hiasan bunga, pintu gerbang dan lain-lain memang mudah didapati.
Banyak kedai menyediakan bahan dekorasi ini. Cuma saudara perlu pandai mencari dan membuat tawar menawar mengenai harga. Dekorasi bunga boleh didapati dalam bentuk bunga hidup atau plastik. Jika bunga plastik saudara boleh menyimpannya untuk kegunaan di lain masa. Pintu gerbang boleh disewa atau jika perlu saudara beli kerana ianya boleh digunakan semula. Untuk menjimatkan kos, buat sendiri dekorasi bunga dan pintu gerbang. Saudara hanya perlu mendapatkan bentuk atau jenis bunga sahaja. Penjimatan cara sebegini boleh mencapai 100 peratus.

Photobucket
Ada kalanya klien suka kepada konsep sehenti, iaitu semuanya diberikan kepada saudara untuk diuruskan dari perancangan perkahwinan sehinggalah hidangan makanan. Dalam kes ini, sekiranya bidang saudara hanyalah dalam penyediaan makanan, saudara boleh mencari rakan bisnes yang melibatkan diri dalam perkara lain.

Saudara boleh cari perancang perkahwinan, juru foto dan video, perkhidmatan kanopi, perkhidmatan sistem audio-video dan pemain muzik secara langsung (tradisional dan moden). Di sini mungkin saudara boleh mendapatkan sedikit margin keuntungan berdasarkan jumlah masa dan usaha yang digunakan, dan bergantung kepada kreativiti saudara dalam proses rundingcara
.

Photobucket
(Foto: Beberapa sesi katering perkahwinan kendalian Lusiana Catering)

2 comments:

atashinci_83 said...

salam..lusiana catering ada x mengadakan kursus2 asas pengendalian catering?

Web Sutera said...

Sdr. Atashinci_83, terima kasih atas pertanyaan. Memang pihak kami ada perancangan untuk mengadakan latihan asas pengendalian perkhidmatan katering. Tetapi buat masa ini ianya masih dalam fasa perancangan, belum dimulakan lagi. InsyaAllah, bila tiba masanya, pihak kami akan uar-uarkan.

Cerita terkini