Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Sambutan hari lahir di Taman Samudera, Selayang dan Taman Botani, Putrajaya

Sorotan kali ini ialah sesi katering bagi dua sambutan hari lahir, pertama pada 20 Februari di Taman Samudera, Selayang dan kedua ialah pada 20 Mac 2010 di Taman Botani, Putrajaya.

Untuk majlis di Taman Samudera, menu yang Lusiana Catering sediakan ialah mee dan bihun soto, bihun goreng Singapura, kepak dan peha ayam goreng, sandwich tuna dan telur, samosa kentang, kuih bakar kemboja, dan nasi goreng Cina.


Manakala di Taman Botani, Putrajaya pula menu yang disajikan ialah kari ayam campur kentang, mee siam, samosa, pelbagai sandwich, roti jala, fried chicken boxing, pelbagai kuih Nyonya, pineapple fried rice, filet ikan bersama sos limau, dan wantan spring roll.
Photobucket
Photobucket

2 comments:

Nor Ramli said...

Salam,
Nampak hebat...sekali imbas seperti Party planning with david turtora pula. :) Moga perniagaan lebih maju...

Web Sutera said...

Sdr Epelijau, terima kasih. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin...

SUMAYYA FOODS & CATERING.