Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Katering berbuka puasa Ramadhan 1431 Hijrah (2010 Masihi)

Photobucket
29 Syaaban 1431 H - Katering berbuka puasa Ramadhan merupakan satu majlis yang memenatkan. Ini justeru kerana semua krew juga berpuasa. Namun begitu, Lusiana Catering berbangga dan bertuah seandainya ada para klien, sama ada badan korporat atau orang perseorangan, yang menggunakan perkhidmatan kami bagi majlis makan malam bagi berbuka puasa.

Esok, 11 Ogos 2010, adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431 Hijrah. Lusiana Catering sedia menerima pesanan bagi katering berbuka puasa. Pesanan minima bagi makan malam berbuka puasa ialah 70 pax.


Sajian yang kami sediakan ialah untuk berbuka puasa, makan malam selepas solat Maghrib dan moreh selepas solat sunat Terawikh, insyaAllah. Lusiana Catering juga sudah membuka pesanan bagi sajian menyambut hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri 2010. Kami sedia menerima permintaan sebut harga yang berkenaan.


Photobucket

P/s: Elok amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-buku agama. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.


Tidakkah kita mahu menyorot sejarah?
Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan adalah bulan perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru bulan Ramadhan juga bulan membaca.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.