Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Pengumuman terima kasih dan pohon kemaafan

27 Ramadhan 1431H - Alhamdulillah, kita berada di penghujung Ramadhan 1431 Hijrah. Saya doakan semoga kita semua akan berjumpa lagi penghulu bulan ini untuk tahun hadapan, insyaAllah. Saya ada beberapa perkara yang ingin dinyatakan atau diumumkan.

(1) Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua rakan dan klien yang menempah biskut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Syukur ke hadrat Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, di atas kurniaan rezeki dariNya. Semoga kalian beroleh keampunan Allah di Ramadhan ini dan meraikan Syawal yang ceria dengan penuh kesyukuran. Terima kasih sekali lagi. Lusiana Catering akan menyediakan lagi aneka biskut
Hari Raya Aidilfitri pada tahun mendatang.

(2) Saya memohon kemaafan kepada rakan dan klien yang menghubungi
Lusiana Catering untuk mendapatkan perkhidmatan katering berbuka puasa tahun ini. Banyak tempahan dan permohonan yang tidak dapat saya penuhi justeru sebab dan alasan yang tidak dapat dielakkan.

(3)
Lusiana Catering masih membuka tempahan untuk katering keraian Hari Raya Aidilfitri. Pihak saya ada beberapa pakej yang ditawarkan, mengikut bilangan pax dan bajet yang ada. Hubungi Lusiana Catering bagi sebarang pertanyaan melalui emel, borang pertanyaan atau pun nombor telefon yang disertakan. InsyaAllah, pihak saya sedia untuk berbincang.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati ketika memandu.

Katering Aidilfitri:
Majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear berwarna peach
Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Delphax, pengeluar produk perubatan

Rumah terbuka Aidilfitri Khairi Consult di akhir Syawal 1430 Hijrah

Aidilfitri: Rumah novelis Ramlee diserbu tetamu sehingga waktu Isyak



Semua biskut yang Lusiana Catering sediakan dibuat dengan adunan 100 peratus butter tulen. Proses pembuatan dijalankan secara homemade-cookies, tanpa melibatkan sebarang mesin, kecuali oven. Tempahan sudah dibuka dan tarikh akhir penerimaan tempahan ialah pada 25 Ogos 2010.

Sila klik di sini untuk maklumat terperinci.

1 comment:

Liza Kamal Basha said...

Apa pasal lambat kau baru informed aku kek itu .............and biscuit raya kau dapat compliments giler dari guess aku .........SODAP. -- Liza Kamal Basha (Dari Facebook)

Cerita terkini