Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Pernah menyediakan 120,000 cucuk sate?

27 Rabiulakhir 1432H - Saya mempunyai seorang kawan yang sudah lama berkecimpung dalam bisnes katering. Dia mewarisi bisnes ini dari ayahnya. Walaupun ia bermula dari ayahnya, kawan saya itu sudah biasa mengikuti urusan bisnes bersama ayahnya. Jadi dia sudah biasa dengan sepak terajang dunia bisnes katering ini.

(Foto kiri: Kuih bakar kemboja, salah satu menu pencuci mulut untuk majlis perkahwinan. Menu ini juga popular bagi hidangan hi-tea)

Ayah kawan saya itu mulakan bisnes katering dengan mengambil tempahan sate untuk majlis keramaian. Mula-mula memang sikit, misalnya sate untuk dimakan oleh seratus orang. Apabila sudah dikenali dengan masakan sate yang enak, ayah kawan saya itu mula mendapat tempahan sate untuk majlis keramaian yang mencapai angka seribu orang.


Akhirnya, kawan saya dan ayahnya mulai membekal sate untuk dimakan oleh seramai berpuluh ribu orang bagi majlis yang melibatkan sebuah parti politik dan kerajaan. Bayangkan berpuluh ribu orang, berapa bilangan cucuk sate yang diperlukan? Ambil contoh 30,000 orang. Kalau seorang makan empat cucuk sate, maka kawan saya itu perlu membakar sate sebanyak 120,000 cucuk dalam satu masa! Itu belum lagi termasuk kuah sate, bawang dan timun. Maknanya, kalau betul-betul anda tumpukan kepada bisnes ini, ia akan berjaya.

Itulah bidang katering kawan saya itu, mengambil tempahan sate sahaja. Hasilnya, dia membuka bisnes baru pula; agensi pemasaran dan pengiklanan, tetapi tidak terus melupakan bisnes katering tersebut.

Hendak dijadikan cerita, kawan saya itu membida kontrak kerajaan untuk satu acara sukan besar peringkat Asia-Pasifik yang diadakan di Malaysia. Dalam notis bidaan itu, dia memasukkan sekali aktiviti pemasaran, promosi, pengiklanan dan penyediaan makanan di sepanjang masa sukan itu berlangsung. Sudah memang rezeki dia, maka kawan saya itu dapat kontrak tersebut.

(Foto kanan: Antara bahan-bahan mentah bagi pembuatan kek yang disediakan oleh Cef Hana Lusiana Catering)

Oleh kerana masa dan staf yang dia ada hanya dapat melaksanakan aktiviti berkaitan promosi dan pengiklanan untuk sukan tersebut, maka aktiviti katering dia serahkan kepada saya. Selama enam hari berturut-turut saya, krew dapur, krew penghantaran dan pelayan tidak cukup tidur. Namun hasilnya lumayan dan upah untuk semua krew juga lumayan!


** Ini merupakan satu kisah yang ada dalam buku Buat Duit dengan Katering terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Masih banyak lagi kisah yang dipaparkan dalam buku tersebut. Sila dapatkan di kedai-kedai buku atau sila klik di sini untuk membelinya secara online.


Berkaitan: Saya mencabar Tuan Hizamnuddin Awang supaya dia menulis buku katering
Buku Buat Duit dengan Katering: Berdasarkan pengalaman sebenar

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.