Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Jamuan meraikan Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah (2011 Masihi) Jabatan Perangkaan Malaysia berlangsung pada 14 September 2011 di Putrajaya. Jabatan ini merupakan antara badan korporat dari jabatan kerajaan yang paling awal mengesahkan pesanan katering Aidilfitri.
Selain sajian, Lusiana Catering juga menyediakan kanopi dan layanan VVIP dan VIP. Tetamu VVIP yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nor Yaakob. Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan juga hadir.
Di bawah ialah senarai menu utama yang disajikan.
- Nasi hujan panas
- Ayam masak merah
- Dalca sayuran
- Lemang dan ketupat
- Rendang daging
- Kuah kacang
Saya sertakan foto-foto di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia yang dihadiri oleh 1,400 orang tetamu.
Alhamdulillah. Daripada empat servis katering berbuka puasa Ramadan 1432 Hijrah, saya sempat merakamkan salah satunya yang sangat menarik untuk diceritakan.
Sesi berbuka puasa bersama anak-anak yatim berlangsung pada 28 Ogos 2011 di suatu dewan di Ampang Hilir, Selangor. Hosnya ialah Tengku Bendahara Pahang, YAM Tengku Abdullah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Di samping berbuka puasa dengan juadah sajian Lusiana Catering, anak-anak yatim itu juga menerima duit Hari Raya Aidilfitri. Dua orang anak saya yang turut bersama juga menerima angpau masing-masing. Toh Puan Habibah yang mencari anak-anak yang tidak beratur menerima duit raya memberikannya.
Saya katakan menarik bukannya justeru pemberian angpau raya tersebut, tetapi semua para hadirin bersolat Maghrib, Isyak dan sunat Tarawikh secara berjemaah di dalam dewan tersebut. Tengku Abdullah mengusap kepala anak-anak yatim dan mengambil sendiri beberapa jenis sajian untuk meja anak-anak yatim itu. Inilah yang sepatutnya. Alhamdulillah.
Selain daripada menyediakan sajian, Lusiana Catering juga menyediakan servis pemasangan meja, kerusi dan penyediaan set VIP. Saya senaraikan menu berbuka puasa di bawah berserta beberapa foto yang dirakam.
MENU
Kurma
Bubur cha-cha
Kuih talam suji
Samosa kentang
Kek butter mini + jem
Minuman: Teh O ais limau, Sirap bandung, Teh tarik & Kopi O
Tambahan: Air mineral (VIP)
Nasi putih
Bihun goreng Siam
Ayam goreng berempah
Sambal tumis udang
Ikan tenggiri asam pedas
Sayur campur
Ulam-ulaman + sambal belacan
Ikan masin
Tambahan: Ulam petai & jering (VIP)
Menu tambahan meja VIP ialah ikan kembung bakar bersama kuah asam.