Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876
Lusiana
Catering memperoleh pesanan makan tengah hari bagi sambutan Hari Guru 2012 pada
25 Mei 2012 di Wesley Methodist School, Kuala Lumpur. Untuk 100 pax dengan
harga RM27.00 / pax, senarai menu seperti di bawah:
Spaggethi bolognese (ayam)
Nasi beriani
Ayam goreng berempah
Filet ikan masam manis
Udang mentega
Dalca sayur
Acar jelatah
Pencuci mulut:
Kuih talam cendol
Kek butter mini + jem
Kuih bakar kemboja
Hirisan pelbagai buah-buahan
Minuman: Teh tarik & kordial oren
Foto: Penyediaan meja bufet pada hari tersebut.
** Mahu mulakan bisnes katering?
Buku ini boleh dibeli online dengan diskaun 15% di Bookcafe PTS. (Buku Bisnes & Pengurusan PTS terlaris bagi Mei & Jun 2011. Dapatkan di kedai buku atau klik pautan
** Pesanan minima ialah 100 pax bagi kes sajian tunggal. Bagi sesi latihan pula, pesanan minima ialah 50 pax. Hubungi kami untuk perbincangan.
Tanggal 10 Februari 2012, pihak Lusiana Catering berkampung di Kg. Baru, Kuala Lumpur bagi dua sesi katering; majlis khatam al-Quran dan akad nikah.
Majlis khatam al-Quran pada sebelah siang bermenukan seperti berikut:
Set lontong (Nasi impit, kuah lontong & kuah kacang)Bihun gorengRendang ayam
Roti jala + kari ayam campur
Sambal sotong kering
Kuih seri mukaGulungan sardin
Karipap kentang
Minuman: Teh tarik & kopi o
Manakala majlis akad nikah anak saudara perempuan tokoh korporat Tan Sri Azman Hasyim pada sebelah malamnya pula bermenukan seperti di bawah:
Nasi putih
Ikan tenggiri asam pedas
Ayam goreng berempah
Daging masak hitam
Garlic butter prawn
Sayur campur + cendawan hitam
Sambal belacan + ulam-ulam
Pencuci mulut:
Kuih talam suji
Bubur pulut hitam
Pelbagai hirisan buah-buahan
Minuman: Teh tarik & kordial oren
Pada sebelah siang, sajian disediakan secara bufet. Majlis akad nikah yang dihadiri oleh ramai tokoh korporat Melayu pada sebelah malamnya pula disediakan secara bufet dan sajian berdome VIP. Sajian bufet disediakan di ruang dapur tuan rumah di Kg. Baru, manakala sediaan VIP disediakan di bawah kanopi berhiaskan skalop pink dan lelangit.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dalam kebimbangan tempat parkir di Kg. Baru yang padat. Terima kasih kepada Dr. Azibah atas kepercayaan beliau dan krew yang terlibat dalam menjayakan majlis yang meriah itu.