Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Khatam al-Quran dan majlis akad nikah di Kg. Baru, Kuala Lumpur

Tanggal 10 Februari 2012, pihak Lusiana Catering berkampung di Kg. Baru, Kuala Lumpur bagi dua sesi katering; majlis khatam al-Quran dan akad nikah.

Majlis khatam al-Quran pada sebelah siang bermenukan seperti berikut:


Set lontong (Nasi impit, kuah lontong & kuah kacang)
Bihun goreng
Rendang ayam
Roti jala + kari ayam campur
Sambal sotong kering
Kuih seri muka

Gulungan sardin
Karipap kentang
Minuman: Teh tarik & kopi o


Manakala majlis akad nikah anak saudara perempuan tokoh korporat Tan Sri Azman Hasyim pada sebelah malamnya pula bermenukan seperti di bawah:


Nasi putih
Ikan tenggiri asam pedas
Ayam goreng berempah
Daging masak hitam
Garlic butter prawn
Sayur campur + cendawan hitam
Sambal belacan + ulam-ulam


Pencuci mulut:
Kuih talam suji
Bubur pulut hitam
Pelbagai hirisan buah-buahan
Minuman: Teh tarik & kordial oren


Pada sebelah siang, sajian disediakan secara bufet. Majlis akad nikah yang dihadiri oleh ramai tokoh korporat Melayu pada sebelah malamnya pula disediakan secara bufet dan sajian berdome VIP. Sajian bufet disediakan di ruang dapur tuan rumah di Kg. Baru, manakala sediaan VIP disediakan di bawah kanopi berhiaskan skalop pink dan lelangit.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dalam kebimbangan tempat parkir di Kg. Baru yang padat. Terima kasih kepada Dr. Azibah atas kepercayaan beliau dan krew yang terlibat dalam menjayakan majlis yang meriah itu.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.