Pada 1 Januari 2013,
rumah kami menerima tetamu seramai lebih 20 orang dari geng Kelab Peminat
Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC). Kami orang biasa-biasa, tetapi ukhuwah luar biasa dari satu
minat. Kami adalah pembaca tegar karya Tuan Ramlee Awang Murshid. Ia bersempena sesi interviu dengan wartawan
akhbar Kosmo.
Wartawan
Kosmo hairan dengan kami, geng pembaca tegar karya Ramlee Awang Murshid.
"Saya kagum! Ini kali pertama grup seperti ini saya interviu, lain dari
yang lain. Minda saya terbuka, dan gambaran berlainan dari pembaca buku yang
lain. Horizon sudut pandang berbeza."
Tidak
disangka, novelis Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) dan isterinya Puan Dayang
Aminah turut mampir. Justeru sesi interviu menjadi semakin meriah dan bermakna.
Wartawan Kosmo sungguh teruja.
Selain
makanan yang dibawa oleh rakan-rakan, Chef Hana juga menyediakan menu seperti
di bawah.
(1)
Krip durian.
(2)
Roti pisang kegemaran Tuan AttOkz
Dikulgai.
(3)
Cendawan goreng istimewa. Kata Puan Dayang
Aminah, "Cendawan goreng kegemaran RAM.”
Kek
pelangi pula dibuat oleh anak-anak saya dengan seliaan Chef Lusiana
Adnin (Hana) sempena perjumpaan khas itu.
Terima
kasih, teman-teman Ramlee
Awang Murshid Fan Club (RAMFC), kerana terus menyokong karya saya. Stok
buku inspirasi 50 Sup Champion Resipi Rasulullah habis. Salah seorang yang
memilikinya ialah novelis thriller tersohor Tuan Ramlee Awang Murshid.
Penghargaan untuk Puan Dayang
Aminah.
Seorang
sahabat dari grup Ramlee
Awang Murshid Fan Club (RAMFC) bergaya sakan, bergambar di rak buku rumah
saya. Puan Sempoii
Morrok di sesi interviu dengan wartawan Kosmo sempena himpunan halal di rumah
saya (kanan).
**
Kredit foto: Puan Dayang Aminah dan Cikpuan Dina Din.
No comments:
Post a Comment