Ini kisah lama, sewaktu tahun
awal Lusiana Catering mulakan bisnesnya. Saya terbitkan kembali justeru ia
tetap relevan.
Klien korporat / kerajaan terkini
Lusiana Catering ialah Kementerian Pengajian Tinggi. Tanggal 6 Mei 2008 saya
menyajikan makanan, kuih-muih dan minuman kepada tetamu VIP; Timbalan Menteri 1,
Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron; serta tetamu-tetamu beliau di
Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Makan malam yang disusuli dengan
mesyuarat tertutup berlangsung dalam sebuah banglo lama yang dihias indah.
Banglo ini terletak di atas sebuah bukit di jalan yang terkenal dengan ikan
bakarnya.
1) Nasi putih
2) Ikan merah masak kari
3) Daging dendeng berlada
4) Udang galah masak lemak, campur nenas
5) Ayam goreng berempah
6) Sayur campur
7) Buah: Potongan oren, tembikai susu dan tembikai merah
8) Pencuci mulut: Kuih bakar kemboja, karipap ayam dan bubur kacang hijau campur durian
9) Minuman: Teh tarik, kopi ‘O’ dan kordial oren.
2) Ikan merah masak kari
3) Daging dendeng berlada
4) Udang galah masak lemak, campur nenas
5) Ayam goreng berempah
6) Sayur campur
7) Buah: Potongan oren, tembikai susu dan tembikai merah
8) Pencuci mulut: Kuih bakar kemboja, karipap ayam dan bubur kacang hijau campur durian
9) Minuman: Teh tarik, kopi ‘O’ dan kordial oren.
Orang perantara yang memesan
makanan berkata selepas majlis, “Thanks for [a] good service. Maybe you can
come to my new office and make food testing.”
Sementara itu, Setiausaha Sulit
Kanan kepada Timbalan Menteri 1, Kementerian Pengajian Tinggi pula menunjukkan
tanda bagus kepada saya dan berkata, ”Terima kasih, bang. Hidangan sedap-sedap.
Pernyataan yang paling menarik
ialah apa yang diluahkan oleh, Datuk Idris Haron kepada saya. Katanya, “Dalam
bisnes katering, makanan kalau sedap, perkhidmatan orang tidak lihat sangat.”
Apa yang dapat saya simpulkan
ialah jika mutu makanan memenuhi piawai klien, perkara lain tidak lagi menjadi
faktor yang terlalu diperhatikan. Alhamdulillah, segala puji
dikembalikan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment