Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Gulai nanas ikan kurau

"Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu lagi, dan bekerjasama lagi mungkin di dalam majlis yang lain pula.” Itu mesej terakhir yang saya dapat daripada novelis Puan S. Rafidah H. Basri pada bulan September 2008 seusai satu sesi katering.

Kemudian sepi .. justeru beliau - novelis PTS ini - sudah tidak tinggalkan jejak dan komen di Facebook. Alih-alih terima berita. Kini sudah hampir empat tahun (kalau tidak silap) beliau kembali ke rahmatullah.

Mungkin pesan arwah atau sudah rezeki Lusiana Catering, sejak beliau tiada, sudah dua kali keluarga arwah memesan servis katering dari saya. Terkini pada 8 Jun lalu. Bertemu kembali dengan bekas suami arwah, ayah dan bondanya serta abang sulongnya.

Pertemuan kali ke-3 bersama abang sulong beliau, kami bercerita panjang untuk banyak perkara.

Menu yang tidak pernah tiada ialah gulai nanas ikan kurau. Ayah arwah, Tuan Haji Hassan berkata, “Pak cik suka betul gulai ini. Sedap! Kalau pak cik masih muda, mahu dua pinggan nasi saya makan. Anak makanlah juga. Pandai kamu masak.”

Saya tersenyum, dan terus melangkah ke meja bufet. Sah! Bukan Tuan Haji Hassan yang makan dua pinggan, tapi saya.

Sungguh, nostalgia itu kadang kala memilukan. Moga roh beliau dicucuri cinta Allah. Amin.

** Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan? Novel ini boleh dibeli di sini.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.