Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Halal Nian Gao dan Yee Sang di Tahun Baharu Cina 2014

Alhamdulillah. Kami di Lusiana Catering meraikan citarasa di Tahun Baharu Cina 2014. Citarasa diraikan, semangat persaudaraan dipupuk, dan perayaan kaum di Malaysia yang harmoni dimeriahkan.

Susahkah andai kita hidup aman dan saling mempercayai? Islam tidak mengajar permusuhan antara bangsa berbeza. Beza warna kulit, bahasa dan bangsa adalah rahmat Allah untuk kita, termasuk di Malaysia.

Dua foto ialah sajian khas sempena tahun kuda ini di premis klien AmLife Insurance Berhad, Kuala Lumpur, 10 Februari 2014.

Istimewa dari dapur Cef Hana, Lusiana Catering, kami persembahkan:

1) Nian gao (CNY traditional cake).
2) Yee sang atau lou sang.


No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.