Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

KATERING HALAL, KISAH MASJID

Kisah seekor kucing jantan di Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam. Ia sering dibelai dan diberi makan oleh seorang jemaah, dan tok siak juga berikan ia makan. Selalu saya lihat ia berlegar-legar di ruang solat utama masjid tanpa diganggu.

Masjid ini mengadakan sesi mengaji al-Quran bersama imam setiap kali usai solat Subuh, kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Kisahnya ialah kucing itu sering saya lihat bersama baring/duduk dekat jemaah tatkala al-Quran dibaca, dan pagi ini berhampiran saya.

Masya-Allah!
**********
Cerita seorang teman di lantai masjid sementara menunggu solat Maghrib. Dia berhenti mengaji sebaik saya usai solat sunat Tahiyatul Masjid.

Teman itu: “Allah bagi second change kat aku, Zam.”

Saya: “Kisahnya?”

“Aku bawa lori. Susun barang... kemudian aku undur dari atas lori. Alih-alih aku terjatuh ke jalan raya sambil terduduk. Langsung tak perasan. Sengal pinggang aku. Selama sebulan aku tak boleh buat kerja.”

Saya menunjuk pinggangnya. Dia angguk. Saya menatap muka dan matanya. Dia angguk dan cerita lagi.

Teman itu: “Sekarang pun masih ada rasa sakit itu semasa rukuk dan sujud. Tapi semuanya syukur ke hadrat Allah.”

Saya: “Itulah, bang. Bukan semua orang ada second change. Kerana Allah sayanglah, Dia bagi peluang kedua. Kalau Allah benci... itu yang sangat saya takut, bang.”

Dia mengangguk. Saya terasa. Saya tersentuh.

Teman itu: “Dulu aku tak solat di masjid, cuma hari Jumaat jer. Kini... kalau terlepas Maghrib di masjid, aku rasa tak sedap hati. Rasa terkilan.”

“Kita serupa, bang.” Saya berkata sebelum azan Maghrib berkumandang, dan kemudian tertunduk ke permaidani masjid. Masya-Allah. Tabarakallah.
Patutlah saya sering melihat dia membaca al-Quran sambil duduk di atas kerusi saban ketika menunggu Asar dan Maghrib. Peluang kedua bukan semua Allah bagi. Kalau Allah bagi, okey... masya-Allah. Tapi kalau Allah tak bagi?

Usah ikut kami dulu-dulu. Maut datang bukannya faktor usia.

IKLAN HALAL | SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 8 tahun.

Nombor untuk dihubungi: 016-220 6876 (Cef Hana). Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan & tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

1 comment:

gardeenhackley said...

Sloty Casino in Norwich, CT - Mapyro
Sloty Casino 용인 출장마사지 is 진주 출장샵 one of the best places to play slots 창원 출장안마 games on 광주광역 출장마사지 the web. Come try our exciting new casino games that include a variety of slots! 문경 출장샵 Rating: 3.3 · ‎25 votes

SUMAYYA FOODS & CATERING.