Seorang
wanita bersama anaknya sedang membelek-belek buku. Kemudian dia bertanya, “Saya
cari buku motivasi,” sambil memegang buku Berfikir Gaya Champion.
Saya
menjawab sambil tersenyum, “Insya-Allah, betul dah tu yang puan pegang. Saya
tulis.”
“Oh,
ye ke? Apa isi kandungannya?”
Saya
angguk dan bercerita serba ringkas isi kandungan buku itu. Sebaik usai, saya
hulur buku kedua – 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, dan berkata,
“Insya-Allah, isinya kesinambungan buku Berfikir Gaya Champion.”
Bualan
menjadi panjang. Akhirnya dia bertanya, “Buat bisnes apa selain menulis?”
“Katering,
bersama isteri. Namanya Lusiana. Pelik, kan?”
“Oh!
Isteri orang mana?”
“Orang
Minang.”
Dia
berkata lanjut, “Patutlah. Orang Minang memang nama agak pelik. Saya pun orang
Minang, dan orang Minang memang suka berniaga dan masak. Bagi nombor telefon.”
Puan
ini memberi tahu namanya, tapi saya sudah lupa. Saya
autograf kedua-dua buku yang dibeli untuk anak perempuannya, Siti Syafiqah.
Nota:
Kini katering kami bernama SUMAYYA FOODS & CATERING. Boleh
hubungi kami andai servis katering diperlukan. Insya-Allah benda boleh bincang.
********************
Setiap
nikmat hidup di dunia yang diperlukan manusia bagi meneruskan hidup dan
menunaikan kewajipan yang ditaklifkan Allah, tidak boleh dianggap sebagai
sebahagian daripada dunia yang dicela dan ditolak. Justeru setiap perkara yang
menyibukkan kita dengan Allah, atau menolong kita mendekati-Nya, maka ia
termasuk perkara agama.
--
Syeikh al-Buthi hafizhahullah
Kegembiraan adalah kerangka pemikiran yang kita pilih. Begitu juga mood tidak ceria pada suatu ketika, ia berupa segmen irama yang boleh digubah. Gubah melalui minda, bahawa kita ada Tuhan Yang Maha Merancang. Yakin pada Dia, nescaya hati jadi tenang.
No comments:
Post a Comment