Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Selangor dan Negeri Sembilan - Sudikan Servis Katering Tahun 2019, Halal dan Berbaloi

Izinkan aku bercerita perihal satu menu.

Yee sang atau lou sang adalah menu istimewa untuk Tahun Baharu Cina. Sejak tahun 2011, pihak aku mula menerima pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal mengikut prosedur Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif untuk belajar sajian khas ini.

Versi atau kandungan yee sang atau lou sang ini banyak, mengikut kreativiti seseorang tukang masak atau cef yang menyediakannya.

Ketika satu sesi katering Tahun Baharu Cina 2013, seorang tetamu bertanya kepada sahabatnya, lebih kurang begini, “Kandungan sayur ini adakah?” Beliau menunjuk jenis sayur tersebut.

Rakannya itu menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur. Ikut kreativiti masing-masing.” Lantas aku memberi sedikit penerangan. Dia orang mengangguk tanda faham.

Dari info yang Mat Katerer peroleh, sajian ini dikatakan berasal dari negara China. Namun versi kontemporari dihasilkan dan dipopularkan pada era 1960-an di kalangan komuniti bangsa Cina di beberapa tempat. Paling menarik ialah hari perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura sering dikaitkan dengan menu istimewa ini.

Sepanjang pengalaman Mat Katerer, pihak syarikat dan komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sah sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan Tahun Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini juga disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity salmon yee sang).

Yusheng, yee sang atau lou sang atau memantulkan kemakmuran, adalah salad ikan mentah gaya Teochew. Ia biasanya terdiri daripada beberapa kepingan/cebisan ikan mentah (paling biasa salmon). Antara bahan-bahan lain, ia dicampur dengan sayur-sayuran yang dicincang dan pelbagai sos dan perasa.

Ikan mentah hancir, bukan? Guna perahan air limau nipis atau lemonlah! Atau buat inovasi dengan merebus dahulu ikan itu.

Tim Mat Katerer berbangga dengan pesanan saban tahun, sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini adalah anugerah Allah untuk umat manusia.

********************

SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering) yang berada di Mantin bersempadan dengan Beranang, bersedia menerima pesanan/tempahan katering bagi semua acara. Operasi kami secara home-based dan berpengalaman lebih 9 tahun.

Fokus kami untuk majlis kecil (minimum 40 pax) dan sederhana (maksimum 400 pax), insya-Allah.

Sedia menerima tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Pajam, Lengeng, Nilai dan berdekatan bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor merangkumi Beranang, Semenyih, Rinching, Bangi, Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota, Kajang, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Cheras, dan kawasan sekitar. Operasi kami adalah secara home-based.

Hubungi untuk pertanyaan dan tempahan, WhatsApp: http://www.wasap.my/+60162206876. Atau e-mel Raikan.Citarasa@gmail.com.

Kini kami menyambut ulang tahun operasi ke-9. Semoga kawan-kawan, rakan taulan, tuan dan cikpuan sudi menghubungi kami untuk majlis yang perlukan sajian makanan. Insya-Allah berbaloi dengan harga dan mutu makanan.

Pihak kami boleh menyediakan sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat bersesuaian dengan syariat Islam.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.