Assalamualaikum. Saya penulis sepenuh masa, dan dalam masa yang sama mengendalikan bisnes katering Katering Sumayya (Sumayya Foods & Catering) bersama pasangan hidup.
Insya-Allah inilah bidang meraih dan menjemput rezeki Allah Taala untuk belanja seharian dan untuk tanggungjawab terhadap anak-anak yang semuanya masih belajar. Terima kasih di atas sokongan dan prihatin. Semoga Allah membalas yang terlebih baik untuk tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan. Aminn ya Rabb.
********************
Antologi UP TO YOU dan CLEAR adalah projek penulisan penceritaan yang diketuai oleh Puan BONDA NOR. Semuanya berdasarkan kisah benar yang dialami oleh setiap penulis ataupun yang berkaitan penulis. Insya-Allah bernilai untuk ditelaah dan diambil kisah. Paling tidakpun, sebagai peneman sepanjang perjalanan. Kita kan sahabat.
Saya (Web Sutera) salah seorang penulis dalam kedua-dua antologi berharga ini. Stok ada, jadi hubungi saya ya. Setiap buku akan ditandatangan.
********************
Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.
Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran!
Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka.
Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.
********************
Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.
Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!
Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji.
Kandungan Menarik:
● Di Sebalik Warna Pelangi
● Posmen Cinta
● Tekad Seorang Hamba
● Mrs. Pavlova!
● Memburu Hikmah
● Demi Cinta Di Bumi Darul Hana
● Ukhuwwah di Hujung Amarah
● Di Hujung Kesedaran
● Aku, Dia Dan Dia
● Warna Di Dalam Kepompong
● The Best Student
● Doa Untuk Anak Syurga
● Hikmah Di Balik Ibrah
● Tadbir Dan Takdir Ilahi
● Suria Kembali Bersinar
● Diva Yang Rebah
● Peluang Kedua
● Memaknai Redha
● Kuasa Atas Kuasa
● Sesudah Episod Derita
● The Unseen Gift
● Mutawif Junior
● Laluan Takdir Yang Berbeza
● Titik Kasih
● Nona Manis, I Love U!
No comments:
Post a Comment