Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Mengapa saya menceburi bisnes katering?

Saya bekerja di MIMOS (www.mimos.my/) dan JARING (www.jaring.my/) selama 11 tahun. Sepanjang kerjaya saya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan pahit, masa gemilang dan menurun. Saya memulakan tugas di MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan dan penerbitan. Apabila JARING dikomersilkan, saya bertukar tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan penjenamaan.

Selepas itu saya bertugas sebagai Associate Editor bagi majalah internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine. Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, saya ditugaskan pula mengendalikan versi dalam talian (versi internet sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga tamat. Jawatan terakhir saya ialah ketua unit bagi salah satu unit dalam bahagian Komunikasi Jenama dan Pemasaran.

Mengapa saya beralih angin menceburi bisnes katering? Nanti saya ceritakan. Tetapi amaran saya, mungkin ada orang yang tidak menyukai cerita saya ini.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Web Sutera...terima kasih kerana sudi bertandang ke fp akak...malu rasanya orang besar-besar turun padang ne..he he

apa apa pun akak nak minta maaf kerana telah meletakkan link blok anda di fp akak tanpa memberitahu tuannya...bolehkan?..suka sangat...

kakak mengenali dirimu sebelum lynnhassan membuat tempahan makanan dengan mu semasa birthday party anaknya..namun jemputannya tidak dapat kakak tunaikan...harap adalah gathering sebegini sekali lagi dengan "themakan" akan menghidangkannya k...inshaALLAH..comment dari lynn mengesahkan lagi kesedapan hidangan...Alhamdulillah

kakak nak ucap tahniah pada mu dan isteri serta pembantu-pembantu mu kerana telah berjaya dalam menjayakan business catering ini...SYABAS!!!...dan sangat kagum kerana berjaya mengendalikan event yang besar apatah lagiyang kecil ...pernah kakak dengar kata-kata yang makanan yang dimasak itu sebenarnya membuat kan orang terpikat dan kehadiran accessories lain itu sebagai penyerinya ...kakak setuju dengan kenyataan ini...siapa yg tulis kata-kata itu ya?..hemm..

ok .. “Rezeki Allah ada di mana-mana. Rezeki seseorang bukan manusia yang tentukan, tetapi Allah.”

.....setuju benar dengan kata-kata ini...

Salam Hormat dari,

boxhousestudio

Anonymous said...

Alaikumsalam Kak Boxhousestudio. Rezeki ada dimana-mana, cuma usaha, doa & tawakal, insyaallah ada.

"Makanan yang dimasak itu sebenarnya membuat kan orang terpikat dan kehadiran accessories lain itu sebagai penyerinya."

Yang berkata demikian ialah Datuk Idris, Timbalan Menteri 1, Kem. Pengajian Tinggi, Putrajaya.

SUMAYYA FOODS & CATERING.