Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Katering perkahwinan – hijau memikat jiwa

Tanggal 23 Disember 2007. saya dan lapan orang krew yang lain berjaya mengendalikan satu katering perkahwinan bertempat di sebuah kelab yang berlokasi di Bukit Antarabangsa. Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Tuhan seru sekalian alam.

Majlis perkahwinan yang agak prestij itu dihadiri oleh lebih kurang 900 tetamu, termasuk tetamu VIP. Walaupun majlis sebenar yang bermula dari jam 12.00 tengah hari berakhir pada 4,30 petang, namun saya dan cef terutamanya, sudah bersiap sedia dengan segala ‘senjata’ sejak hari Khamis, 20 Disember lagi. Saya dapat menarik nafas lega hanyalah pada hari Isnin, 24 Disember, setelah semua peralatan dibasuh dan disimpan kembali.

Ini adalah majlis perkahwinan yang agak besar bagi katering saya, kerana ia melibatkan hampir kesemua keperluan utama, kecuali pemasangan kanopi dan peralatan PA. Pihak saya terlibat dari hiasan pintu gerbang, ke penyediaan hidangan raja sehari, ke persiapan meja-meja VIP, ke urusan melayan tetamu VIP dan meja pengantin sehingga pemantauan dua hidangan bufet.

Pada hari majlis berlangsung, saya, cef dan krew masakan yang lain bangun pukul 4.00 pagi bagi menyiapkan masakan untuk majlis ini. Segala-galanya sedia untuk dihantar ke premis majlis sekitar pukul 9.00 pagi.

Sekali lagi syukur, alhamdulillah, segala yang dirancang menjadi kenyataan bagi majlis perkahwinan yang menggunakan warna hijau muda sebagai warna tema.

Jika anda berhajat untuk mengetahui pakej makanan majlis perkahwinan, sila hubungi pihak saya. Kami sedia membantu.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.