Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Akikah, Geng Jurnal dan pertunangan

Untuk dua hari berturut-turut Lusiana Catering bertungkus-lumus menyiapkan menu-menu yang dipesan dan mengendalikan sesi katering bagi tiga majlis yang berlainan fungsinya. Majlis pertama adalah akikah di Klang, kedua makan tengah hari bagi majlis yang berlangsung di Rumah PENA, Kuala Lumpur dan yang ketiga majlis pertunangan bertempat di Cheras Perdana.

Alhamdulillah, ketiga-tiga sesi katering tersebut sukses. Majlis akikah yang berlang
sung dari jam 11.30 pagi sehingga 5.00 petang berjalan dalam suasana penuh istiadat Islam; dimulakan dengan marhaban dan berakhir dengan tahlil. Jemputan yang berjumlah 250 orang pada 29 Disember 2007 itu memang memakan tenaga dan masa saya serta seorang pembantu.

Namun saya cukup senang hati kerana wakil tuan rumah menunjukkan tanda bagus terhadap hidangan yang kami sediakan. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya sekali lagi bagaimana dengan mutu perkhidmatan dan makanan yang disediakan. “Kalau abang kata bagus, me
mang ianya bagus. Abang tidak suka sifat hipokrit,” jawab wakil tuan rumah sambil tersenyum.

Majlis berkaitan kegiatan seni Malaysia yang berlangsung di Rumah PENA pada hari yang sama pula ditangani oleh cef seorang diri dengan jayanya. Apabila saya menelefon Presiden Geng Jurnal yang menganjurkan Perhimpunan Halal Geng Jurnal 2007, bertanyakan apa komen berkaitan makanan, beliau menjawab, “Alhamdulillah, semua okey. Makanan sedap.”


Majlis pertunangan pada keesokan harinya berjalan lancar walaupun pada mulanya saya tersesat jalan. Berlangsung dalam suasana mesra, keluarga bakal pengantin perempuan menerima kunjungan lebih kurang 120 tetamu. Konsep hijau muda daun pisang menjadi warna tema bagi keluarga yang rata-ratanya adalah orang Kelantan. Walaupun cuaca agak panas, ibu bakal pengantin perempuan mengucapkan terima kasih kerana pihak saya sempat menyiapkan hidangan tambahan, iaitu fish fillet masak masam manis.


Lantaran kurang rehat – satu jam tidur pada hari sebelumnya dan ditambah empat jam pada malam 30 Disember – membuatkan badan saya keletihan. Ini dapat dikesan oleh bakal pengantin perempuan, saudari Lynn. Namun saya tetap gembira kerana majlis selesai dengan sewajarnya.


Photobucket
(Gambar: Persekitaran majlis pertunangan)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.