Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Menu makanan boleh diubah, ianya fleksibel

Frasa klien atau pelanggan selalunya betul sudah berlegar-legar sekian lama dalam dunia korporat apabila merujuk dari sudut kemahuan klien. Ada orang agak sinis apabila membincangkan perihal ini, sehingga ada kata-kata begini, “Klien selalu betul, tetapi ada kalanya tidak betul, malah mengada-ngada.”

Dalam menyediakan menu kepada pesanan katering, pihak saya selalunya ditanya oleh klien apakah cadangan menu yang boleh dikemukakan. Kadang-kadang klien sudah sedia dengan menu yang telah diputuskan, cuma inginkan harga sahaja. Bagi kes yang pertama, pihak saya dengan suka hatinya memberi cadangan menu dan harga kepada klien melalui emel, faks atau pesanan ringkas melalui telefon bimbit.

Apabila kata ‘cadangan’ digunakan saya selalu berkata kepada klien bahawa menu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Ada klien agak terkejut dengan bertanya, “Menu boleh ditukar kah? Bagus kalau begitu.”

Saya jawab, “Kami fleksibel dalam hal ini.” Kata saya lagi menu memang boleh diubah, asalkan ianya dipersetujui dan selari dengan harga yang pihak kami tetapkan. Di sini hujah ‘klien selalunya betul’ diguna pakai atau boleh juga dikatakan jika klien sanggup bayar, maka penyedia perkhidmatan tidak mempunyai sebarang masalah menurutinya.

Photobucket

Walaupun begitu, ada menu yang sudah memang ada set tersendiri, seperti nasi beryiani, nasi tomato atau nasi minyak. Ketiga-tiga jenis nasi ini tidak akan lengkap sekiranya tidak ada jenis masakan ayam, masakan daging atau kambing, dalca sayur dan acar jelatah. Cumanya jenis masakan ayam, daging lembu atau kambing boleh dipelbagaikan; misalnya ayam masak merah, ayam masak kurma, kari atau rendang daging atau kambing, masakan daging kurma, dan daging masak hitam pedas atau manis.

Walaupun begitu, ada ketikanya klien meminta dikurangkan salah satu lauk sama ada daging atau ayam, tetapi ditambah dengan menu lain seperti bihun goreng atau nasi goreng cina. Ini pun boleh diubah. Sekali lagi konsep ‘klien selalunya betul’ boleh diguna pakai dengan sebaiknya.
Inilah praktis yang diamalkan dalam bisnes katering saya, fleksibel dan boleh berbincang. Mahu membuat pesanan, sila hubungi saya.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.