Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Majlis pernikahan dan perkahwinan adik ipar saya

Assalamualaikum. Saya dan chef Lusiana Catering menghabiskan masa selama lima hari dalam menguruskan majlis perkahwinan adik ipar saya (adik bongsu cef). Selama lima hari tersebut, masa kami dipenuhkan dengan segala persediaan, termasuk dua hari yang amat penting bagi permulaan kehidupan rumahtangga adik ipar saya, iaitu majlis pernikahan dan persandingan.

Persediaan bermula dari perbincangan jenis masakan dan hidangan yang perlu disediakan selepas majlis akad nikah, malam berinai dan majlis jamuan bagi persandingan. Termasuk juga penyediaan makanan beradab bagi pengantin. Seterusnya berapakah jumlah khemah, meja dan kerusi yang diperlukan turut diputuskan berdasarkan jumlah tetamu yang bakal hadir.


Sementara itu, urusan tempahan perkhidmatan andaman, tempahan kad jemputan perkahwinan dan jurufoto diuruskan sendiri oleh bakal mempelai. Lantaran kesibukan menguruskan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar saya itu, beberapa tempahan katering terpaksa saya tolak.

Saya dan cef menumpukan sepenuh masa terhadap majlis yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2008 tersebut.Rumah saya menjadi arena bagi semua acara. Penyediaan makanan dan lain-lain hidangan disediakan oleh chef dan krew yang lain. Jemputan yang hadir di majlis persandingan dan jamuan sekitar 800 tetamu.

Sebelum itu, di majlis ijab dan kabul (akad nikah) seramai 100 tetamu hadir, sementara di majlis malam berinai saya menerima kehadiran lebih kurang 150 tetamu.Suasana meriah dan penuh persaudaraan dapat saya rasakan. Ramai ahli keluarga jauh dan dekat meluangkan masa meraikan kedua-dua mempelai. Syukur kepada Tuhan majlis berlangsung dalam situasi damai dan meriah di tengah-tengah kesibukan berkempan dan bahang pilihanraya ke-12 yang bertambah rancak. (Gambar: Sekitar majlis perkahwinan)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.