Setelah selesai menguruskan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar saya (minggu pertama bulan Mac 2008), saya dan cef mengambil keputusan untuk berehat beberapa hari sebelum menerima tempahan katering terbaharu.
Selang beberapa hari saya menerima dua tempahan dari dua organisasi iaitu Jaring Communications Sdn Bhd dan The Pest Control Association of Malaysia (PCAM). Syarikat penyedia perkhidmatan internet Jaring bersetuju menerima sebut harga dan cadangan menu pihak saya sediakan bagi satu sesi latihan yang berlangsung selamalima hari. Ianya melibatkan menu makan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Sementara itu, PCAM mengambil perkhidmatan katering saya bagi sesi latihan yang berlangsung selama dua hari. Hidangan yang terlibat ialah untuk makan pagi, makan tengah hari dan minum petang.
Kedua-dua sesi latihan dari organisasi yang berlainan itu berlangsung pada minggu yang sama pada pertengahan bulan Mac 2008.
Selang beberapa hari saya menerima dua tempahan dari dua organisasi iaitu Jaring Communications Sdn Bhd dan The Pest Control Association of Malaysia (PCAM). Syarikat penyedia perkhidmatan internet Jaring bersetuju menerima sebut harga dan cadangan menu pihak saya sediakan bagi satu sesi latihan yang berlangsung selama
Sementara itu, PCAM mengambil perkhidmatan katering saya bagi sesi latihan yang berlangsung selama dua hari. Hidangan yang terlibat ialah untuk makan pagi, makan tengah hari dan minum petang.
Kedua-dua sesi latihan dari organisasi yang berlainan itu berlangsung pada minggu yang sama pada pertengahan bulan Mac 2008.
2 comments:
Hi...Saya yana dari sabah. .nampak meriah katering awak ni.saya pun minat masak and bercita2 gak nak bisnes restaurant satu hari nanti.
skang ni saya suply dried seafood dari sabah.boleh lawati blog saya di www.sabahdriedseafood.blogspot.com.
Semoga bisnes awak success selalu!
Terima kasih sdr Non atas komen. Teruskan usaha yang baik.
Post a Comment