Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Ke Bangsar, Jalan Pahang & Tun Ismail, TPM, Putrajaya, Kajang, Seremban dan Sungai Buloh

Alhamdulillah, segala syukur dan puji dikembalikan kepada Tuhan pencipta buana. Tanggal 12 April 2008 saya ada katering bagi Mahathir Science Award Scientific Lecture dan kemudian pada 15 April untuk Mahathir Science Award Public Lecture pula. Kedua-dua sesi syarahan ini dikendalikan oleh Akademi Sains Malaysia (www.akademisains.gov.my).

Sekali lagi pada hari berikutnya iaitu 16 April, pihak Akademi menjemput saya bagi menyediakan perkhidmatan katering terhadap satu sesi mesyuarat di premis pejabat yang terletak di Jalan Tun Ismail.


Pada 17 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (www.kpdnhep.gov.my) menjemput katering saya membekalkan makanan bagi sesi satu mesyuarat. Perkhidmatan katering ini merangkumi makan pagi dan running coffee, makan tengah hari dan running coffee di sebelah petang.

Photobucket
(Courts Mammoth Kajang)

JARING Communications Sdn Bhd (www.jaring.my) pula menganugerahkan perkhidmatan katering kepada saya bagi sesi latihan yang berlangsung selama lima hari, dari 21 April hingga 25 April 2008. Kali ini melibatkan dua hidangan sehari, iaitu makan tengah hari dan makan malam.

Photobucket
(Jaring)

Photobucket
Dalam pada itu, Courts Mammoth Sdn Bhd (www.courts.com.my) menerima menu dan harga yang pihak saya cadangkan bagi dua sesi makan malam khusus untuk meraikan staf di outlet Kajang dan Seremban. Tanggal 22 April saya ke Kajang. Esoknya saya ke Seremban pula. Perjalanan saya ke Kajang dan Seremban tidak langsung ada gangguan seperti jalan sesak, walaupun, saya kira, masa bertolak dari rumah adalah waktu puncak di sebelah petang. Alhamdulillah!

Photobucket

Hari Sabtu, 26 April 2008, guru dan pengusaha cup cake (http://lynnhassan.fotopages.com), Puan Lynn, menjemput saya menyajikan makanan untuk majlis yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Sungai Buloh.

Sayangnya, saya terpaksa menolak dua pesanan katering untuk minggu yang bermula dari 21 hingga 25 April lantaran sudah cukup kuota. Kalau ikut hati, memang mahu ambil. Tetapi masa dan ruang tidak mengizinkan.

Manusia merancang, Allah juga merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.