Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Terima kasih Lynn!

Ada seorang rakan yang dikenali melalui blog. Namanya ialah Puan Lynn Hassan, lokasi di Sungai Buloh. Beliau pengusaha cup cake; guru mengajar membuat cup cake dan menerima tempahan membuat kek.

Hari Sabtu lepas (26 April 2008) ada majlis di rumahnya dan beliau memesan makanan dari katering saya. Saya dan cef tidak lepaskan peluang untuk merasa aneka kek yang disediakan. Memang sedap!

Lihat entri ini di blog Lynn untuk maklumat lanjut: GURU CUP CAKE

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.