Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

Pesanan minima 30 orang? Boleh…..

Tanggal 3 April 2008 saya mendapat klien korporat paling terbaharu iaitu Courts Mammoth Sdn Bhd, dengan perkhidmatan katering bagi satu majlis perhimpunan staf starikat tersebut. Pesanan katering tersebut berjumlah 230 tetamu. Menu adalah seperti berikut:
Sandwich tuna, sandwich ayam, sandwich telur, karipap ayam, kuih bakar kemboja, kuih koci dan minuman yang terdiri daripada teh tarik, teh ‘O’, kopi ‘O’ dan Nescafe.
Saya dan chef keluar rumah jam 7.00 pagi dan sampai di Courts Mammoth Setapak sekitar 7.30 pagi. Saya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan hidangan bufet yang dipesan.

Semasa menunggu majlis selesai, saya terserempak dengan staf yang membuat pesanan katering dengan saya. Dalam perbualan singkat tersebut, beliau mengatakan kepada saya bahawa “saya hanya mengambil pesanan katering yang besar sahaja.”

Lantas saya menegaskan bahawa bukan begitu sikap saya. Secara jujur saya nyatakan bahawa saya tidak kisah samada pesanan tersebut untuk dimakan oleh 30 orang atau 2,000 orang. Apa yang penting ialah syarat-syarat saya dipenuhi. (Gambar kanan: Bufet buka puasa)

Apa syarat-syarat saya? Saya menerima pesanan minima bagi 30 orang, tetapi dengan menu berharga paling kurang RM25.00/pax dan ianya untuk tiga kali makan, Ianya merupakaj pakej seminar atau latihan yang merangkumi makan pagi, makan tengah hari dan minum petang (mungkin termasuk juga makan malam).

No comments:

Cerita terkini