Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Saudara bos, saudara juga kuli

Apabila saya memulakan bisnes katering, ada kawan-kawan yang agak skeptikal, sama ada saya boleh berjaya atau tidak. Saya tidak salahkan telahan mereka memandangkan bidang kerjaya saya sebelum ini bukannya katering. Di mana ada usaha, di situ ada jalan, dan rezeki di tangan Tuhan. (Gambar kanan: Makan malam di UIA, Gombak)

Ada
rakan bertanya, “Engkau tidak malukah buat kerja ini. Nanti jumpa kawan-kawan lama.” Saya jawab, “Hendak malu apa, bukannya buat kerja atau bisnes haram.”

Persoalan di atas timbul kerana ianya berkaitan dengan konsep saudara bos, saudara juga kuli. Sebelum memulakan bisnes katering, saudara mesti pahatkan di dalam minda bahawa saudara tidak boleh berlagak seperti bos, terutamanya di peringkat permulaan. Apa yang saya maksudkan ialah jangan hanya pandai menyuruh itu dan ini, sedangkan saudara sendiri tidak menyelami selok-belok bisnes dan cara perjalanannya.

Di samping menguruskan perjalanan bisnes secara khusus dalam mengendalikan urusan pentadbiran, pemasaran dan jualan, saudara juga patut hilangkan sikap malu untuk turun padang. Maksud di sini ialah saudara sebagai bos, tetapi dalam masa yang sama turut membuat kerja-kerja seperti membasuh pinggan-mangkuk, mengelap sudu-garfu, mengelap pinggan, menjadi pelayan dan lain-lain.

Saya membuat semua kerja-kerja tadi, cuma memasak sahaja yang tidak kerana itu urusan chef. Saya ke pasar, membasuh pinggan, mengelap gelas dan menjadi pelayan untuk VIP. (Gambar kiri: Housewarming, Seri Kembangan)

Contohilah sahabat Nabi Muhammad (S.A.W), Abdul Rahman bin Auf, yang rajin berniaga, sama ada semasa sebelum Islam di Mekah atau pun sesudah berhijrah ke Madinah. Beliau tidak berlagak seperti bos, walaupun bisnes itu kepunyaannya.

Mengikut cerita, sekiranya para sahabat atau orang ramai belum lagi mengenali Abdul Rahman bin Auf, mereka akan tercari-cari di mana bos bisnes yang membawa barang-barang dengan beratus-ratus ekor unta.

Para sahabat yang sudah mengenali beliau akan menunjukkan ke arah Abdul Rahman bin Auf yang berada bersama-sama di kalangan staf-stafnya. Tiada beza antara beliau dan stafnya, sama-sama bertungkus lumus menjual barang-barang dagangan.

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan, “Harga yang engkau tetapkan termasuk pelayan sekalikah, kerana aku perlukan seorang pelayan?”

Saya jawab, “Akulah pelayannya.” Rakan saya terkejut, sambil bertanya lagi, “Tidak mungkin bos sendiri yang menjadi pelayan.” Lantas saya menjawab, “Aku tidak kisah, sudah biasa..

Saudara bos, saudara juga kuli. Menarik!

2 comments:

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum Tuan Web,

Saya amat bersetuju dengan tuan. Dalam bisnes apa pun, kita sebagai bos tidak boleh malu untuk turun padang dan melakukan kerja-kerja 'kuli' kita. Sewajarnya kita menunjukkan 'contoh melalui teladan' kepada staf-staf kita.

Oleh sebab itu tuan, memilih bisnes yang sesuai dengan diri kita amat penting. Saya suka bisnes catering seperti yang tuan ceburi. Tetapi saya tidak sanggup turun padang seperti ke pasar dan mencuci pinggan. Aduhai, macam mana hendak jadi caterer ya!

Tahniah, Tuan Web. Saya doakan bisnes tuan terus berjaya. Aduhai, nampak sedap-sedap semuanya!!!

Anonymous said...

Sdr Norlela,

Alaikumsalam. Saya sudah biasa :-)

SUMAYYA FOODS & CATERING.