Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Food was great!

Saya dan chef berada di Alor Gajah, Melaka pada 24 dan 25 Mei 2008 untuk menyediakan makanan bagi keraian hari keluarga sekumpulan warga kerja MIMOS Berhad dan bekas-bekas stafnya. Sajian makanan melibatkan makan tengah hari, minum petang, berbeque (24 Mei) dan makan pagi pada 25 Mei.

Saya, chef dan anak-anak turut dijemput menyertai acara yang disediakan, disamping menyediakan makanan. Pada malam 25 Mei pula, beberapa keluarga, termasuk keluarga saya, menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar di Melaka. Memenatkan dan meriah!


Dalam entri ini saya masukkan beberapa komen rakan-rakan terhadap masakan chef:

“Food was great! Tabik spring kepada chef, terror giler, masak sedap-sedap & banyak! Tapi maintain cool je.”

“Brother, your [egg] sandwich is very good.”

“Akak dah siap buat sandwich? Ingat mahu belajar. Saya buat berbaur hanyirlah. Bagaimana mahu buat supaya tidak hanyir?”

“Makan best… hehehe”


“Cepat betul Lusi [chef] masak walaupun banyak menu.”
Ada rakan berkata kepada saya, “Aku, kalau kau tiada tidak kisah, janji Lusi ada. Sebab Lusi pandai masak.” Saya tersenyum.

*Nota: Maaf jika bahasa yang digunakan rojak, kerana saya tidak edit komen di atas.

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
(Gambar sekitar hari keluarga tersebut)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.