Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Harga petrol naik 78 sen, diesel naik RM1

Harga petrol naik 78 sen, diesel pula RM1. Saya sebagai katerer dalam dilema, sama ada perlu naikkan harga perkhidmatan katering atau tidak, justeru kerana harga bahan bakar utama naik. Formula mudah ialah jika harga bahan bakar naik, harga barang-barang lain juga bakal naik lantaran faktor kos pengangkutan.

Apa pendapat anda?


Kerajaan hari ini (4 Jun 2008) mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.


Menurut laporan Malaysiakini, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini (4 Jun 2008).


Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

(Gambar: Majlis perkahwinan pada 1 Jun 2008)

12 comments:

Anonymous said...

salam. Terimakasih berkunjung ke blog saya.

Rasa2nya hari ni satu malaysia panas dengan kenaikan harga minyak.

Tapi apalah yang dapat dilakukan oleh orang-orang seperti saya yang kerja makan gaji, setakat pegawai biasa kerajaan yang banyak hutang!
Bila minyak naik, barang keperluan juga naik.
Tetapi untuk terus risau, hanya akan meningkatkan tekanan darah dan mengganggu kehidupan harian. Nak memberontak? apa yang kita dapat.....sakit hati dan rosak harta awam... Jadi, mahu tak mahu, terpaksalah kita membuat adaptasi dengan keadaan sekarang.
Contohnya : menjimatkan penggunaan letrik kat rumah untuk kurangkan bil api, kurangkan makanan bergoreng (kurang beli minyak masak)- badan lebih sihat, kurangkan makanan segera - KFC, Pizza, juga inilah masanya untuk menurunkan berat badan - makan nasik sedikit, biar anak yang makan banyak! Kalau selalu minum manis sampai 3 gelas sehari, cuba minum satu gelas je belah pagi, Nampak mcm terlalu stress,kan? Tapi nak buat macamana lagi kan.....terima aje lah kehidupan ini seadanya. Bukan selamanya kita nak mendiami dunia ini! he he

Abang Long said...

Salam hormat buat Saudara.

RAKYAT TERTEKAN !!!

Saudara lebih bijak menguruskan apa yang terbaik untuk perniagaan saudara.

norzailina said...

Begini pendapat saya:

Berapakah profit margin yg sdr perolehi sebelum ini? Oleh kerana saya sendiri tak tahu harga yg sdr letak, sukar untuk saya menilai secara rambang. Jika dulu profit margin besar dan masih dapat absorp kenaikan harga barang, elok maintain saja kerana ini akan menambah permintaan (demand dari orang-ramai). Inilah masanya untuk menjadi lebih competitive, bukan mengambil kesempatan. Bila kenaikan terlalu drastik, mungkin boleh naikkan harga walaupun maintain lebih rendah daripada katerer lain. Cut costs dgn potongan ayam atau daging yg lebih kecil, misalnya. Saya rasa, hal ni pun sdr dah kaji sebelum ni. Apa2 pun "Selamat Maju Jaya"... Gembira saya melihat perkembangan bisnes sdr dari dulu2...

Anonymous said...

Sdr Nazrida, Abg Long & kak Nor, terima kasih atas komen/pendapat.

Untuk kak Nor. itu betul. Potong ayam & daging kecil2 saja. Kesan kenaikan harga minyak smlm belum nampak kesan lagi terhadap harga bahan2 mentah.

Walaupun begitu, harga ayam sekarang ini kerap turun naik. Sekejap harga RM5.40/kilo, esok naik RM6.00/kilo. Dua tiga hari kemudian, turun pula.

M A Sabtu said...

Tuan webSutera,

Asas pandangan saya berdasarkan 'Hukum Harga Barang': kalau dah naik, tak pernah turun! - berbanding dengan tag-line biz tuan: "...Let's make it fun!"...

Carilah formula /strategi untuk 'adunan secukup rasa'! Tiada siapa yang menceburi bidang keusahawan sekadar "suka-suka". Kita mahu untung. Soalnya berapa banyak?

Asas utama (pinjam soalan norZ) adalah margin keuntungan yang diperlukan dalam mengimbangi hukum harga barang (naik) dan tag-line biz kita.

Berdasarkan kepada maklumat dalam blog ini, saya rasa produk dan perkhidmatan yang diberikan telah ada 'threshold value' tersendiri. Telah ada brand. Justeru, harga perkhidmatan yang ditawarkan mungkin tidak lagi jadi isu utama.

Pelangan apabila membayar kerana brand, aspek penting bagi kita adalah MEMANTAPKAN kualiti - bukan mengurangkannya!

Yang perlu juga diimbangi 'secukup rasa' adalah realiti KUASA MEMBELI pelanggan sedia ada akan berkurangan. Itu sahaja.

Biz makan selalunya (sepatutnya) tidak akan gulung tikar kerana makan adalah demand side yang tidak pernah pupus! Selagi manusia ada, mereka perlu makan.

Kebijakan usaha(wan) kini teruji!
(mungkin entri minda.JUMAAT saya esok dapat sedikit laluan minda tuan), insyaAllah.

Anonymous said...

dan yang penting, bila anda menaikan harga katering, kualiti makanan dan perkhidmatan juga perlu dinaikkan seiring dengan kenaikan harga tersebut. Contoh kualiti makanan - kalau biasa guna beras wangi, jangan ubah ke beras biasa pulak.
Pelanggan sebenarnya lebih berpuashati sekiranya makanan yang dihidang sedap dan service pun bagus. Ambik contoh kat restoran, kalau makanan sedap tapi servis tak bagus, orang pun tak mahu singgah lagi. Begitu juga dengan kalau makanan tak sedap pun orang tak akan datang..
Pelanggan akan faham kenapa anda menaikan harga tersebut kerana semua barang sudah naik. Seiring dengan peningkatan harga tersebut juga anda mungkin boleh memberi percuma satu jenis pencuci mulut/buah2an tempatan semasa kater.....

Nurul Nadiah said...

all da best ya!

Anonymous said...

Tuan Sabtu & Nazrida,

Terima kasih atas ulasan/pendapat, saya cukup hargainya. Saya akan terima pakai kedua-dua pandangan sdr berdua.

Kesan ke atas harga bahan mentah makanan masih belum ada lagi. Saya harap ianya tidak terlalu ketara.

Anonymous said...

makan, makan, makan selagi boleh! :)
slm ziarah balas..

Kassim Selamat said...

Salam sdr WebSutera,
Kenaikan petrol memberi kesan juga kepada perkhidmatan katering.Harga barang2 mentah naik mendadak.

Mcm kata2 pembaca yg lain...kecilkan saiznya tapi kekalkan harga dan mutunya.

Biar ramai pelanggan daripada tiada langsung.

Semoga bisnes sdr terus maju...amin.

Anonymous said...

Thanks for the comment. Dari segi perbandingan saya tengok harga yg saya tawarkan masih murah berbanding pembuat kek cyber yg lain. Permulaan saya sudah rendah..apa salahnya saya naikkan sedikit bagi menampung kos kan..hehe..

Anonymous said...

Sdr Muzem, bro Kassim & Effa, terima kasih atas komen. Saya akan ambil semua perkiraan.

Terima kasih semua sahabat. Kita tidak sendirian dalam kemelut ini.

SUMAYYA FOODS & CATERING.