Saya dan chef berkampung di Melaka selama empat hari, mulai 16 Ogos hingga 19 Ogos 2008. Selama di sana, kami mengalami antara hari-hari yang paling sibuk dalam menguruskan bisnes katering. Tiga hari sebelum itu kami telah berkunjung ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, bagi satu sesi perbincangan untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan katering bagi majlis pelancaran Program Malaysia Prihatin – Pembasmian Kemiskinan Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat, di Klebang.
Lusiana Catering bertungkus lumus menyediakan sajian bagi dua hari, iaitu pada 18 dan 19 Ogos bagi majlis ini yang berlangsung di Kolej Komuniti Tangga Batu, Klebang, Melaka.
Pada 18 Ogos, saya menyediakan sajian makanan untuk sekretariat dan semua petugas, termasuk pelajar yang terlibat dalam pameran pada keesokan harinya. Sajian ini merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk 140 orang setiap sesi.
Pada tarikh majlis (19 Ogos), saya menyediakan sarapan pagi dan minum petang, juga untuk sekretariat dan petugas-petugas (140 orang). Pada tengah hari selepas pelancaran, sajian secara bungkus disediakan untuk 1,000 tetamu. Menu tengah hari ini ialah nasi beryiani beserta ayam masak merah, rendang daging, acar buah, popadum, buah limau dan sebotol air mineral/minuman (500ml). Makanan berbungkus ini saya sediakan dalam beg kertas yang menarik.
Saya dan chef mendapat ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan menyediakan sajian sepanjang majlis berlangsung. Puan Nazleen dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, yang bertanggungjawab ke atas penyediaan makanan, berkata, “Saya berpuas hati dengan penyediaan katering saudara. Makanan berbungkus disediakan secara cantik dan menarik."
Manakala selepas selesai majlis, di sesi fotografi, Encik Badrul, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, sambil mengenggam erat tangan saya, berkata, “Tahniah bang. It’s a success.”
Ucapan ribuan terima kasih khusus kami tujukan kepada 10 pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang membantu chef dalam persiapan makan tengah hari untuk 1,000 tetamu. Pelajar dari program Hotel dan Katering tersebut menunjukkan dedikasi sepenuhnya bersama chef tersayang. Walaupun saya lihat mereka kepenatan, namun wajah ceria dan gurau senda bersama chef bagaikan satu keluarga. Terima kasih dan tahniah atas dedikasi mereka.
Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak di Teluk Mas dan Seluk Gaung, saya ‘menjelajah’ ke bandar Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar Klebang.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada hari Selasa (malam), 19 Ogos, sempat lagi saya, chef, tiga pembantu dan seorang sahabat menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar. Kami sampai di Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi.
Segala puji saya panjatkan kepada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tanpa restuNya, segala apa yang dirancang oleh saya dan chef tidak akan menjadi. Alhamdulillah! (Gambar di sekitar majlis)

8 comments:
Syukur Alhamdulillah.
KEPUASAN PELANGGAN. KEREDHAAN ALLAH.
KEBERKATAN REZEKI.
Alhamdulillah Abang Long. Memang yang paling penting ialah redha Allah yang mesti kita cari. Alhamdulillah, ALLAHUKHBAR!
Tahniah, Tuan Web! Bisnes Tuan menggebu-gebu...
Kolej Komuniti Bukit Beruang itu tidak jauh dari rumah saya.
Tuan ini berasal dari Telok Mas/ Solok Gaungkah?
Diharap suatu hari ini nanti saya dapat bertemu Tuan dan isteri. Salam.
Puan Norlela,
Saya bukan berasal dari Melaka. Cumanya saya ada kaum kerabat di Telok Mas & sahabat di Solok Gaung.
Tahniah diucapkan, semoga terus sukses...Bukan senang utk menangi hati pelanggan but once dah terbukti, mereka pasti kembali lagi...
Terima kasih chef Norzailina. Ya, repeat sales. Alhamdulillah, segala puji dikembalikan kepada Allah. :-)
hai...saya sal student kolej komuniti bukit beruang yg join sesame dengan akk tok catering funcion malaysia prihatin pada 21 ogos 08...memang enjoy bkeje dengan akk dan teruja dengan hidangan yang akk buat hope dapat umpe akk lg hehe selmat berpuasa n ary raya huhu
Assalamualaikum Sal,
Terima kasih. Kalau ada apa2 atau datang KL, kalau nak jumpa, call kami. Terima kasih atas bantuan hari itu.
Selamat berpuasa & maju jaya dalam pelajaran.
Post a Comment