Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Ayam dan rendang daging untuk 1,000 tetamu

Dalam beberapa sesi katering, saya merajinkan diri untuk turut serta dalam aktiviti masakan yang diketuai oleh chef. Dua daripada aktiviti yang saya libatkan diri secara langsung ialah bagi katering program Malaysia Prihatin di Klebang, Melaka (17 & 19 Ogos 2008) dan katering perkahwinan di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor (23 Ogos 2008).

Pada malam 18 Ogos, saya bersama seorang pembantu melakukan ‘operasi’ menggoreng ketulan-ketulan ayam untuk 1,000 tetamu yang hadir di majlis pelancaran Malaysia Prihatin pada keesokan hari. Operasi bermula sebaik selepas Maghrib, dan berakhir sekitar 2.00 pagi.

Untuk katering perkahwinan pula, saya bersama pembantu menggoreng ketulan ayam bagi dimakan oleh 900 tetamu. Aktiviti bermula dari jam 3.00 pagi, selesai sekitar 6.30 pagi.

Sebelum itu, ketulan ayam tersebut sudah disediakan oleh chef, dengan segala rempah ratus telah diadun sebaiknya. Ayam goreng tersebut adalah untuk menu ayam masak merah. Kuah masak merah juga disediakan oleh chef.

Bagi kedua-dua sesi memasak tersebut, chef sibuk dengan tugas-tugas lain, termasuk mengacau dan memantau rendang daging di dapur. Rendang daging perlu dipantau dengan teliti, kerana proses pengeringan mengambil masa yang panjang, apatah lagi jika masakan disediakan untuk 900 dan 1,000 tetamu. Tahukah saudara berapa lama masa yang diambil supaya rendang benar-benar kering sesuai untuk dimakan? Memang lama masanya.

Penat, tetapi seronok!

Salam Ramadan untuk semua. Tingkatkan amalan sunat baca al-Quran. Maaf gambar makanan di bulan ini. Diharap kuatkan iman, hihihi.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.