Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Carta harga minyak 2004 – 2008: Malaysiakini

Entri kali ini agak berlainan. Namun masih bersangkut-paut dengan perut. Media terus memberi tumpuan kepada pengumuman kerajaan terhadap harga minyak. Menurut laporan, kerajaan akan membincangkan untuk menetapkan harga lantai bagi petrol sama ada akan kembali kepada harga asal sebelum ini pada RM1.92 seliter atau boleh diturunkan lagi jika harga minyak mentah dunia terus menurun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan juga perlu memutuskan sama ada perlu mengambil pendapatan daripada penjimatan subsidi minyak jika trend penurunan harga terus berlaku.

Kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa hari ini (18 November 2008).


Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter

Sila berikan pandangan saudara.

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.