Pada minggu terakhir sebelum cuti persekolah hujung tahun 2008, saya menerima empat tempahan katering. Saya dan chef ‘berkelana’ lagi. Bermula di suatu lokasi di pusat bandar metropolitan Kuala Lumpur, ke Putrajaya kemudian ke Jinjang dan berakhir di rumah klien berlokasi di Subang, Shah Alam.
Jika ke Putrajaya, saya sudah biasa. Ke Jinjang pun boleh diagak laluannya. Tetapi saya dan chef mengalami keadaan ‘sesat’ dalam perjalanan ke Taman Subang Impian, Shah Alam. Sesatnya kami bukan sekali, malah dua kali; ketika pergi untuk menghidangkan makanan dan ketika pergi buat kali kedua untuk mengambil barang-barang pada sebelah malamnya.
Memang melucukan! Pada sebelah siang, saya menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk ke taman perumahan tersebut. Saya terlepas selekoh ke lapangan terbang lama Subang, jadi terpaksa saya melakukan pusingan U selepas tol Shah Alam. Dari situ saya mengambil Lebuhraya Guthrie. Terkulat-kulat saya dan chef mencari jalan ke Taman Subang Impian. Terasa perjalanan jauh. Nasib baik kami sudah merancang sela waktu seandaiya sesat. Memang sesat pun!
Perjalanan sebelah malam pula, saya menggunakan jalan ke lapangan terbang lama Subang yang terlepas pandang siang tadi. Subhanallah, sesat lagi! Angin juga lantaran badan saya pun kurang sihat, sudah dua hari demam. Alhamdulillah, selepas chef membuat panggilan beberapa kali di beberapa selekoh, akhirnya kami sampai ke rumah klien buat kali kedua.
Tuan rumah tersenyum bila saya katakan, “Hari ini dua kali kami sesat. Siang tadi guna jalan lain, malam ini pula guna jalan lain.”
(Gambar: Jamuan perpisahan murid darjah 6, Sek. Keb. La Salle 1 Jinjang)
** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis & keramaian. Pesanan minima ialah 50 paxs (tetamu). Saya bersedia menerima tempahan bagi Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Bentong dan Karak di Pahang). Pelbagai masakan Melayu, India dan Cina boleh disediakan, insyaallah.

No comments:
Post a Comment