Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Bagaimana nasi beryiani disediakan?

Nasi beryiani sering dibayangkan sebagai hidangan nasi yang harum dan berempah. Lazimnya, nasi beryiani dimasak bersama lauknya sekali. Daging lembu, kambing atau ayam menjadikan hidangan nasi beryiani lengkap dan tidak memerlukan lauk-pauk yang lain. Namun begitu, ia menjadi lebih sempurna dengan pilihan acar.

Apakah yang membezakan nasi beryiani dan nasi minyak? Nasi minyak lazimnya berwarna kekuningan. Ia dimasak dengan minyak sapi, minyak, marjerin atau campuran semuanya. Adalah dikatakan bahawa nasi yang dimasak dengan marjerin akan menjadi lebih harum dan kuning. Sedangkan yang dimasak dengan minyak sapi lebih lemak tetapi agak memualkan.


Untuk rasa nasi minyak yang asli, gunakan minyak sapi dan minyak. Jadi, bau minyak sapi kurang ketara. Kunyit serbuk memberikan nasi minyak warna kuning yang asli berbanding dengan pewarna atau esen. Bahan yang mewangikannya pula adalah daun pandan. Ia berbeza dengan nasi beryiani yang menggunakan air mawar sebagai pewangi. Air mawar boleh dibeli di dalam botol dan direnjiskan ke atas nasi setelah ia masak.


Nasi beryiani mesti menggunakan rempah beryiani. Ia boleh dibeli dalam paket, berbentuk serbuk, di kebanyakan pasaraya. Manakala rempah yang dikisar atau dimesin, berbentuk pes, boleh dibeli dari penjual berbangsa India di pasar basah. (Sumber: Blog chef Norzailina Nordin)


*** Perkhidmatan katering saya juga menyediakan set nasi beryiani. Ianya dalam bentuk pakej yang mengandungi menu seperti berikut: nasi beryiani, satu masakan ayam, satu masakan daging / kambing, dalca sayur, acar jelatah / buah, hirisan buah dan minuman sejuk / panas. (Gambar: Daging masak hitam)

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.