Breakfast, lunch, hi-tea, dinner, supper & barbeque for meeting, PR events, seminar, training, exhibition, sport events, product launching, housewarming, birthday, special gathering, doa selamat / tahlil, akikah, engagement, wedding, party & breaking fast. Including pack food delivery, catering tools leasing & canopy services. We cater for 100 pax onwards with reasonable price. (Call NOW!: 016-220 6876)

April dan Mei 2009 yang berbeza

Bulan April tahun ini adalah antara bulan dan ketika yang sangat menyedihkan bagi saya dan chef Hana. Walaupun hanya dua kali pesanan katering yang berjaya kami laksanakan, namun masa kami berdua penuh. Sepanjang bulan ini saya terutamanya berada di Besut, Terengganu dan Kelantan selama 14 hari. Dan tahun ini (setakat April 2009), saya terutamanya lima kali berulang-alik ke Besut dan Rantau Panjang, Kelantan.

Di sini saya bagi pihak Lusiana Catering ingin memohon maaf kepada rakan dan klien yang pesanan katering mereka terpaksa ditolak. Ada juga yang sudah confirm terpaksa saya tolak di saat-saat akhir. Maaf saya pohon.


Tanggal 11 April 2009, sekitar 6.45 petang, emak saya menghembuskan nafas terakhir pinjaman Allah di muka bumi ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan (dahulu dikenali sebag
ai Hospital Kota Bahru). Saya iringi jenazah emak yang dibawa ke Besut untuk dikebumikan di sana, berdekatan dengan makam aruah ayah. Alhamdulillah, saya masih lagi waras untuk mensedekahkan bacaan al-Quran dan surah Yasin di sepanjang perjalanan dari Kota Baru, Kelantan ke Besut, Terengganu.

Sepanjang saat-saat akhir aruah emak di h
ospital, saya dan adik perempuan yang tinggal di Rantau Panjang, menjaga emak selama 10 hari. Kami berdua tidur di Hospital Raja Perempuan Zainab II selama itu juga. Sekali lagi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah justeru kerana aruah emak pergi meninggalkan kami lima beradik secara aman dan tenteram. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan untuk Mukmin.

Setelah disahkan oleh doktor bahawa emak telah kembali ke negeri kekal abadi, saya mencium dahi emak. Masih terasa hangat tatkala dahi disentuh bibir. Air mata saya bergenang, ditahan dari merembes ole
h kelopak mata. Chef Hana terus keluar dari wad kerana tidak dapat menahan isak tangis. Saya bisikkan kepada aruah emak, “Mengapa cepat sangat emak pergi?”. Subhanallah!

Saudara-mara, bapa dan emak saudara, para sepupu saya dan sahabat-sahabat aruah emak ramai yang mampir menziarahi tatkala emak di hospital.
Termasuk juga lima orang jiran dan sahabat aruah ayah dan emak di Jerantut, Pahang. Ramai orang tua memberi peringatan kepada saya, “Mu jangan bimbang dan risau kerana tidak boleh buat kerja. InsyaAllah, Allah akan gantikan rezeki yang terlepas itu dengan yang lebih baik.” Subhanallah!

Aruah emak
dimandikan, disembahyangkan dan dikafankan di rumah emak saudara di Besut. Sebaik sahaja selesai dikafankan, saya dan adik beradik, para menantu, emak-emak saudara, anak-anak saudara, dan cucu-cucu aruah emak bergilir-gilir menatap dan mencium aruah untuk kali terakhir.

“Selamat jalan, emak. Tunggu saya dan adik-adik di sana. InsyaAllah, anak-anak emak akan kembali bersama di suatu ketika nanti,” bisik saya lantas mencium dahi dan kedua-dua pipi aruah emak. Agak lama tatapan akhir saya itu.


Pada hujung bulan April pula, saya sekeluarga dan adik sekeluarga yang bekerja di Putrajaya pulang ke rumah peninggalan aruah ayah dan emak di Jerantut, Pahang. Di sanalah kami adik-beradik seramai lima orang dididik dan dibesarkan. Tujuan utama ialah untuk membersihkan persekitaran dalaman dan luaran rumah yang sudah emak tinggalkan selama hampir empat bulan semenjak ujian menimpa beliau.

Tibalah bulan Mei 2009. Allah Maha Kaya dan Maha Pembuka.
Itulah sifat yang menjadi milik Allah. Tuhan semesta alam menganugerahkan rezeki kepada saya dan chef tanpa disangka.

Saya memperoleh pesanan katering pada minggu pertama dan kedua bulan Mei; dari 5 hingga 15 haribulan. Selama 9 hari saya berkampung di .My Domain Registry yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Dalam pada itu Lusiana Catering juga menerima tempahan bagi sajian di IMR, Jalan Pahang serta di Bursa Malaysia, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur. Dan ada beberapa lagi sebut harga yang masih saya tunggu jawapannya, insyaAllah.


Ingat, saudara dan sahabat, rezeki itu dari Tuhan. Kita hanya berusaha dan seterusnya berdoa. Sudah pasti yang terakhir ialah bertawakal.


(Gambar atas: Emak tatkala masih sihat dirakam di suatu lokasi di Setiu, Terengganu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Inilah rakaman gambar terakhir aruah emak bersama dua orang anak saya.)

4 comments:

Shita said...

assalamualaikum WS..salam takziah dr saya sekeluarga atas pemergian bonda tersayang..yg pergi tetap pergi.. hidup mesti diteruskan.. alhamdulillah ws dah adik beradik dah pon menjalankan tggjawab diakhir hayat arwah..apa yg penting.. doa yg berterusan dr anak2..insyallah.. bahagia mereka disana.. rezeki dr Allah..setiap kali kita diuji, insyallah kurniaan lg besar menanti. alfatihah.... -> SheetaFC

Web Sutera said...

Alaikumsalam sdr Shita,

Terima kasih atas ucapan takziah. Ya, yang pergi sudah berlalu. Yang ada akan meneruskan kehidupan.

Hanya rindu bertamu sesekali. Subhanllah!

Epelijau said...

Salam
Takziah dari saya. Al Fatihah untuk almarhumah bonda saudara. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Web Sutera said...

Alaikumsalam Epelhijau,

Terima kasih atas jejak & ucapan. Semoga roh bonda & ayahanda saya bersama Mukmin yang dijanjikan syurga oleh Allah. Amin ya Allah!

Cerita terkini