Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Rumah terbuka Aidilfitri Khairi Consult di akhir Syawal 1430 Hijrah

Di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn. Bhd. pada 19 Oktober 2009, pihak Lusiana Catering menyediakan sajian bagi tiga stesen bufet.

Stesen bufet yang pertama menyajikan nasi beryiani, ayam goreng berempah, rendang daging, sambal tumis udang, dalca sayur, nenas bombay dan popadum. Stesen bufet kedua bermenukan laksa Johor, mee dan bihun soto, lemang, lontong, rendang ayam dan kuah kacang.


Manakala bagi stesen bufet ketiga pula disajikan kuih bakar kemboja, kuih koci, kuih seri muka, pelbagai kek, baulu, hirisan pelbagai buah-buahan, cendol, air batu campur serta kordial oren, teh tarik dan kopi ‘O’.


Kanopi yang dihiasi dengan dua lapis scallop berwarna merah dan biru menyaksikan kehadiran kemuncak tetamu dari jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang. Cuaca yang agak membahang disejukkan dengan kanopi redup dan sajian air batu campur serta cendol. Air kordial oren bagaikan sentiasa ditagih tetamu.


Berlokasi di Taman Sri Gombak, Selangor, majlis keraian Aidilfitri Khairi Consult di hari terakhir bulan Syawal itu meriah dan penuh kemesraan. Saya, chef Hana dan petugas keletihan dalam suasana penuh kesyukuran.


Photobucket

No comments:

SUMAYYA FOODS & CATERING.