Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Selamat hari lahir, Dr. Mohamed Awang Lah

Hari ini saya ada sesi katering di JARING Communications Sdn. Bhd yang terletak di Taman Teknologi Malaysia. Katering ini sebagai agenda terakhir bagi majlis perhimpunan bulanan JARING yang merupakan hari komunikasi dalaman syarikat penyedia internet tersebut. Saya pernah bekerja di sana selama hampir 11 tahun.

Di JARINGlah saya memperoleh nama pena Web Sutera. Tahukah saudara bahawa nama Web Sutera ada sejarah tersendiri.


Lebih kurang tiga belas tahun lepas saya ditugaskan mengurus satu kolum dalam sisipan Komputer, Berita Harian, bernama Jalinan JARING. Ketika itu, penyedia perkhidmatan internet JARING baru sahaja memasuki dunia komersial.


Justeru Ketua Pegawai Eksekutif JARING, Dr. Mohamed bin Awang Lah (foto), meminta saya menjadi ‘champion’ bagi kandungan kolum ini. Tujuannya ialah bagi memperkenalkan internet dan teknologi berkaitan kepada khalayak ramai yang masih lagi takut-takut kena gigit teknologi digital.


Beliau minta saya fikirkan satu nama pena. Selepas itu saya emelkan kepada beliau beberapa nama, namun semua ditolak.


“Cuba fikirkan internet itu sebagai satu jalinan web labah-labah yang lembut, tapi penuh perangkap. Dalam internet atau web wujud pelbagai jenis manusia dan ‘makhluk’, secara terang atau menyamar. Jadi awak kena fikirkan satu nama yang bernilai dan seni, umpama sutera,” beliau menjelaskan, sekaligus mengemukakan cadangan nama.


Minda saya menerawang dengan kata-kata beliau. Apabila beliau lihat saya duduk termanggu, buntu, lantas beliau berkata sambil tersenyum: “Oklah, apa kata guna nama Web Sutera?”


Saya tanpa lengah, bersetuju. (Dr. Mohamed, kenangan itu indah.)


Selamat menyambut hari lahir (10 November 2009), Dr. Mohamed Awang Lah, Bapa Internet
Malaysia. Saya doakan semoga Tuan sentiasa di bawah lindungan Allah. Dimurahkan rezeki dan disihatkan minda supaya JARING akan menjadi mercu tanda kemajuan teknologi telekomunikasi di Malaysia. Amin ya Rabbal 'Alamin.

5 comments:

Abang Long said...

Salam hormat wahai Saudaraku WEB SUTERA.

Kini, terbongkar satu lagi rahsia. Namun, rahsia itu begitu indah.

Web Sutera said...

Begitulah sahabatku Abang Long. Memang indah, insyaAllah.

MAL said...

Terima kasih.

-- MAL

Editor MajalahSains said...

Saya betul-betul berminat untuk mendokumentasi sejarah-sejarah teknologi penting di Malaysia. Internet dan semikonduktor misalnya.
Di manalah agaknya saya boleh mendapatkan rujukan

Web Sutera said...

Sdr Editor Majalah Sains, untuk mendapatkan info berkenaan, sila hubungi JARING dan MIMOS Bhd.

Bagi sejarah berkaitan internet, saya kira saudara boleh hubungi staf JARING bernama Zon Kamariah (emel: zonk@jaring.my). Dia mungkin ada menyimpan info berkenaan perkembangan JARING dan internet di Malaysia. Sebahagiannya mungkin hasil kerja saya dahulu.

MIMOS pula memang banyak menyimpan info berkaitan apa sahaja budang teknologi, semikonduktor misalnya. Untuk ini saudara boleh menghubungi pegawai PR bernama Norliza Said (emel: lisa@mimos.my) atau Rina (emel: rina@mimos.my). InsyaAllah, sahabat berdua itu boleh membantu.

Kalau ada sebarang persoalan (mungkin) katakan saya, Web Sutera, yang rekemenkan. :-)

SUMAYYA FOODS & CATERING.