Assalamualaikum. Agak lama blog katering ini tidak dikemaskini. Bukan sibuk sangat, tetapi agak malas untuk menyunting gambar-gambar berkenaan. Lusiana Catering ada mengendalikan sesi katering perkahwinan terakhir 2009 pada 20 Disember lalu di Kg. Melayu Kepong, Kepong, Kuala Lumpur. Selepas itu ada satu sesi doa selamat dan bacaan Yassin di Taman Puchong Permai, Puchong.
Pada minggu terakhir tahun 2009 juga saya dan keluarga ke Bera, Pahang. Ianya turut berkaitan dengan majlis meraikan pengantin. Pasangan mempelai itu jugalah yang Lusiana Catering terlibat dalam menyediakan juadah di Kepong pada 20 Disember itu. Saya dan dua keluarga mempelai perempuan mengambil kesempatan ke Tasik Bera selepas majlis. Menghirup udara sejuk dan segar di sana sambil bersantai meminum Nescafe panas.
Perjalanan saya sekeluarga seterusnya ke Bandar Pusat Jengka, Kota Gelanggi Satu, Kuantan, Cherating dan Kemaman.
Di sini saya sertakan satu foto di majlis perkahwinan di Kepong tersebut. Lain kali saya akan sertakan banyak foto lagi, insyaAllah. Tahniah untuk Azmah dan Ajak!

No comments:
Post a Comment