Entri ini berkenaan satu majlis hampir dua tahun lalu. Buat kali yang kedua, perkhidmatan katering saya menerima tempahan untuk satu majlis yang dihadiri oleh semua kaum Cina. Tetamu yang berjumlah melebihi 250 orang memenuhi meja makan di sebuah rumah banglo di Kampung Tasik, Ampang, Selangor.
Majlis untuk meraikan kelahiran cucu lelaki sulong tuan rumah (yang baru berumur sebulan!) cukup meriah dengan berlatarbelakang warna merah; kanopi merah, alas meja merah, skirting meja bufet merah, malah kerusi juga merah.
Makanan yang dihidangkan licin! Pada keesokan harinya (4 Mei 2008), tuan rumah menelefon saya, “Brother, thank you for a very good service.”
Menu yang dihidangkan seperti berikut:
Saya juga turut menyediakan ukiran ice carving yang berupa seekor tikus, bersempena kelahiran cucu lelaki rakan Cina itu di tahun tikus (menurut kelendar lunar Cina). Foto di entri ini saya rakamkan di majlis tersebut.
Majlis untuk meraikan kelahiran cucu lelaki sulong tuan rumah (yang baru berumur sebulan!) cukup meriah dengan berlatarbelakang warna merah; kanopi merah, alas meja merah, skirting meja bufet merah, malah kerusi juga merah.
Makanan yang dihidangkan licin! Pada keesokan harinya (4 Mei 2008), tuan rumah menelefon saya, “Brother, thank you for a very good service.”
Menu yang dihidangkan seperti berikut:
- Nasi lemak dan mee siam
- Nasi goreng singapura
- Pulut kuning campur halia
- Rendang ayam, sambal sotong dan sambal kerang
- Sayur campur, sosej ayam, bebola sotong dan ketam
- Buah-buahan: Tembikai susu, tembikai merah dan oren
- Minuman: Kordial oren dan teh tarik (sudah semestinya!)
Saya juga turut menyediakan ukiran ice carving yang berupa seekor tikus, bersempena kelahiran cucu lelaki rakan Cina itu di tahun tikus (menurut kelendar lunar Cina).
No comments:
Post a Comment