22 Syawal 1431H - Makan-makan dan bebual mesra di majlis rumah terbuka Aidilfitri di dalam sebuah perpustakaan khusus memang ada kelainan. Saya secara peribadi suka melihat persekitaran perpustakaan yang turut dipenuhi sajian makanan. Namun tidak boleh dibuat acap kali, nanti mungkin ada orang kata, “Mahu baca buku atau mahu makan?”
Walau apapun, tanggal 30 September 2010, saya ke Cyber Security Malaysia bagi memenuhi undangan seorang sahabat lama semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Undangan tersebut ialah menyajikan beberapa menu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Maklumat Pengetahuan, Cyber Security Malaysia yang terletak di tingkat 1, Bangunan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.
Saya sempat juga menegur sapa dan berbual ringkas dengan Leftenan Kolonel (Bersara) Husin Jazri, Ketua Eksekutif Cyber SecurityMalaysia .
“Tuan masih bekerja di MIMOS lagi?” tanya beliau sambil tersenyum.
“Sudahlima tahun saya tinggalkan MIMOS,” jawab saya sambil berjabat mesra tangan beliau.
“Sekarang buat apa?” tanya Kolonel Husin lagi.
“Saya menceburi bisnes katering sekarang ini. Sudah hampir 5 tahun,” jawab saya seraya mengukir senyuman.
Beliau mengingati saya kerana minat saya terhadap isu keselamatan teknologi dan dunia siber. Semasa bertugas sebagai Editor Bersekutu bagi majalah Jaring Internet Magazine, saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri sesi sidang akhbar oleh MyCert dan NISER. Pastinya saya antara wartawan yang banyak bertanya.
Komen rakan lama saya itu melalui emel begini, “InsyaAllah jika ada rezeki kami akan membuat tempahan lagi. Semua menyatakan makanan enak-enak belaka.” Segala syukur dan puji hanya layak untuk Allah. Alhamdulillah.
Foto-foto berkaitan disertakan di sini.
Walau apapun, tanggal 30 September 2010, saya ke Cyber Security Malaysia bagi memenuhi undangan seorang sahabat lama semasa bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Undangan tersebut ialah menyajikan beberapa menu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Maklumat Pengetahuan, Cyber Security Malaysia yang terletak di tingkat 1, Bangunan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.
Saya sempat juga menegur sapa dan berbual ringkas dengan Leftenan Kolonel (Bersara) Husin Jazri, Ketua Eksekutif Cyber Security
“Tuan masih bekerja di MIMOS lagi?” tanya beliau sambil tersenyum.
“Sudah
“Sekarang buat apa?” tanya Kolonel Husin lagi.
“Saya menceburi bisnes katering sekarang ini. Sudah hampir 5 tahun,” jawab saya seraya mengukir senyuman.
Beliau mengingati saya kerana minat saya terhadap isu keselamatan teknologi dan dunia siber. Semasa bertugas sebagai Editor Bersekutu bagi majalah Jaring Internet Magazine, saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri sesi sidang akhbar oleh MyCert dan NISER. Pastinya saya antara wartawan yang banyak bertanya.
Komen rakan lama saya itu melalui emel begini, “InsyaAllah jika ada rezeki kami akan membuat tempahan lagi. Semua menyatakan makanan enak-enak belaka.” Segala syukur dan puji hanya layak untuk Allah. Alhamdulillah.
Foto-foto berkaitan disertakan di sini.
No comments:
Post a Comment