Jumlah minimum pesanan ialah 40 pax (kepala) dan maksimum 500 pax. Kami membuka tempahan untuk kawasan Mantin, Seremban, Senawang, Nilai, Pajam, dan kawasan berhampiran bagi Negeri Sembilan. Manakala Selangor akan merangkumi Beranang, Semenyih, Dengkil, Kajang, Cheras, dan kawasan sekitar. SUMAYYA FOODS & CATERING (sebelumnya dikenali sebagai Lusiana Catering). Tel/WhatApps:016-220 6876

Hari Raya Aidilfitri 2010 di Bandar Kinrara dan Taman Melawati: “Cuba makan laksa Johor, ada kelainan, memang sedap!”

26 Syawal 1431H - Minggu yang bermula dari 25 September sehingga 3 Oktober 2010 mungkin merupakan minggu bulan Syawal 1431 Hijrah yang paling sibuk. Hujung minggu merupakan hari yang akan cuba dielak bagi keluar berjalan-jalan. Maklumlah jalanraya sesak dengan penghuni Kuala Lumpur dan Selangor yang memenuhi jemputan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.

Pihak Lusiana Catering juga tidak kurang sibuknya, sehingga ada beberapa permintaan perkhidmatan katering terpaksa ditolak, terutamanya pada tarikh 2 dan 3 Oktober 2010. Untuk para klien yang undangan menyediakan sajian meraikan Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah ditolak, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Justeru moto kami ialah Raikan Citarasa, maka kami hanya sanggup setakat yang termampu.

Sorotan entri ini ialah majlis meraikan rakan-rakan dan taulan di rumah terbuka di Bandar Kinrara, Puchong dan Taman Melawati, Ampang, Selangor pada 2 Oktober 2010.

Majlis di rumah klien beralamat di BK5, Bandar Kinrara, Puchong bermula dengan bacaan Yasin dan doa selamat. Sajian yang Lusiana Catering sediakan terbahagi kepada 3 set menu yang terhidang di atas 3 set meja buffet.

Menu pertama ialah nasi tomato, ayam masak merah, kari kambing campur kentang, dalca sayur dan acar jelatah. Barisan menu kedua terdiri dari nasi impit, lemang, rendang ayam, rendang daging, dan roti jala bersama kari ayam.

Manakala sajian pencuci mulut adalah wantan spring roll bersama sos, samosa kentang, kuih bakar kemboja dan pelbagai hirisan buah-buahan, Minuman penghilang dahaga terdiri dari air batu campur (ABC), teh tarik dan kordial oren.

Menu sajian di Taman Permata pula ialah seperti berikut:
Nasi tomato
Ayam masak merah
Daging masak hitam
Dalca sayur
Acar jelatah
Laksa Johor (foto kanan)
Roti jala bersama kari ayam

Pencuci mulut:
Wantan spring roll bersama sos
Samosa kentang
Kuih bakar kemboja
Pelbagai hirisan buah-buahan
Minuman: Teh tarik & kordial oren
Majlis rumah terbuka keluarga Melayu yang berkerjaya sebagai pendidik itu diserikan lagi dengan sajian sate ayam dan kambing golek bakar (foto atas). Sudah menjadi kebiasaan, hidangan sate dan kambing bakar langsai dahulu.

Salah satu sajian seperti disenaraikan di atas ialah laksa Johor. Saya mendapat makluman dari seorang petugas berkenaan bisikan salah seorang tetamu yang hadir kepada temannya, lebih kurang begini: Cuba makan laksa Johor dia. Memang ada kelainan. Sedaplah!”

Photobucket
Photobucket

(Foto suasana meraikan tetamu di Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, Taman Permata, Ampang, Selangor. Foto roti jala sebelum dihidangkan.)

P/s: Salah seorang tetamu istimewa ialah Dato' Ustaz Ismail Kamus. Dua kali saya bersalaman dengan beliau, semasa masuk dan keluar rumah. Ternyata beliau masih gagah.

2 comments:

Eija @ Purple28 said...

Salam,


nak tanya berapa harga untuk menu ini yer? untuk 150 pax...

Web Sutera said...

Assalamualaikum, Cikpuan Eija. Terima kasih atas pertanyaan. Sila rujuk emel.

SUMAYYA FOODS & CATERING.